26 badan NGO serah memorandum kepada Agong

Updated: Oct 26


Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) dengan sokongan 26 badan bukan kerajaan (NGO) telah menyerahkan satu memorandum yang memohon kepada Yang di-Pertuan Agong supaya menyelesaikan kemelut politik negara dengan segera.


Koordinator Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia, Mustapha Mansor berkata memorandum itu telah dikemukakan dan diterima oleh Pegawai Perhubungan Akhbar, Mohd Husni Yusop di Istana Negara pagi tadi.


Beliau berkata, memorandum itu dikemukakan bagi menzahirkan rasa kurang puas hati rakyat terhadap perkembangan politik negara ketika ini.


"Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Istana Negara kerana sudi menerima pandangan dan hasrat rakyat. Kita sedia maklum kemelut politik berlaku sejak Februari 2020 sangat mendukacita rakyat.


"Berkembangnya politik tidak terarah memberi kesan kepada sudut ekonomi, politik dan sebagainya.


"Lebih merisaukan apabila Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berlaku dengan tidak ketentuan prosedur operasi standard (SOP) sehingga menyebabkan peningkatan kadar kes Covid-19 dengan begitu sukar diramal, sekarang kes sudah 1,000 lebih, ini sangat membimbangkan.


"Oleh yang demikian, kami menyampaikan pandangan rakyat dikumpulkan dari pelbagai sudut dan dari pelbagai NGO," katanya kepada media selepas menghantar memorandum tersebut.


Mustapha juga menyeru rakyat supaya bersatu-padu bagi mempertahankan kedaulatan negara.


"Kita sama-sama rakyat Malaysia, negara ini sama-sama milik kita semua, kita pastikan tidak ada sesiapa pun yang melebihi Perlembagaan, kalau ada yang melanggar Perlembagaan, mereka akan berdepan dengan kebangkitan rakyat," katanya.


Memorandum Rakyat Malaysia untuk Raja-Raja Melayu yang dikemukakan kepada Agong


1. Mohon Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dalam isu melantik Perdana Menteri iaitu menerima calon yang memiliki majoriti di Dewan Rakyat.


Peruntukan menyebut jawatan Perdana Menteri mesti kosong sebelum dilantik Perdana Menteri baharu telah terjawab dalam kes pelantikan Dr Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak pada 2009 lalu.


Mahkamah Persekutuan memutuskan dua perkara; i) Majoriti boleh diterima secara

Akuan Berkanun (SD) ii) MB baharu boleh dilantik ketika MB semasa waktu itu Datuk Seri Nizar Jamaluddin tidak meletakkan jawatan.


2. Memohon agar DYMM Tuanku Agong mengunakan kuasa berdasarkan peruntukan di bawah perkara 40(2)(b) iaitu tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen.


Berikutan krisis politik terkini beberapa pihak mendesak perlu dibubarkan Parlimen. Walaupun DYMM Agong berkuasa membubarkan Parlimen namun rakyat jelata memohon agar pilihan itu tidak digunakan kerana pandemik Covid 19 yang merebak

apabila DUN Sabah dibubarkan dua bulan lalu.


3. Memohon agar DYMM Tuanku Agong dapat menasihatkan Perdana Menteri untuk meletak jawatan berdasarkan perkara 40(4) iaitu jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, atau menasihati Perdana Menteri membenarkan usul tidak percaya dibentangkan oleh tuan Speaker Dewan Rakyat dan satu proses

pemilihan semula Perdana Menteri dapat dilaksanakan dengan adil dan saksama.


4. Memohon DYMM Agong tidak menyetujui pendapat beberapa ahli akademik yang mahu satu bentuk kerajaan interim dengan Perdana Menteri interim dilantik. Perkara ini tidak terdapat di dalam Perlembagaan dan tidak perlu dipersetujui ketika Perdana Menteri semasa Tan Sri Muhyiddin masih memegang jawatan.


5. Pada sesi sidang Parlimen yang lepas, rakyat diperlihatkan dengan satu perilaku yang tidak sepatutnya dipamerkan oleh Speaker Parlimen yang bijaksana apabila tidak membenarkan usul Undi Tidak Percaya kepada Perdana Menteri dibentangkan di Dewan Rakyat.


Malah, Speaker Dato' Azhar Harun turut dilapor telah mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat keperluan untuk pihak yang berhasrat membawa usul ke dalam Dewan

Rakyat yang mulia perlu berbincang dengan Menteri Undang-undang YB Haji Datuk Takiyuddin Hassan. Ini jelas telah merendahkan kedudukan setara cabang kuasa legislatif yang pada hakikatnya tidak perlu tunduk kepada cabang eksekutif dalam membuat keputusan secara bebas dan berintegriti.


Maka rakyat dengan ini memohon supaya DYMM Tuanku Agong dapat mencemar duli dan mengarahkan Speaker Dewan Rakyat untuk meluluskan permohonan oleh beberapa ahli Dewan Rakyat bagi membentangkan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri pada sesi

Parlimen November 2020 akan datang.


Rakyat dengan ini merafak sembah memohon DYMM Tuanku Agong agar dapat mencemar duli dengan menggunakan kuasa dalam Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan untuk mengarahkan Dewan Rakyat membenarkan usul tidak percaya bagi membuktikan Perdana Menteri Muhyiddin mempunyai cukup majoriti atau tidak untuk mentadbir negara.


Sebagai seorang pemimpin utama beliau tidak perlu takut kepada kehendak rakyat. Kerana keberadaan beliau di jawatan tersebut bukan atas dasar undi majoriti pengundi tetapi melalui laluan pintu belakang.


HARAPAN RAKYAT


Kemelut politik semasa perlu diberi tanda noktah dengan usul tidak percaya dibenarkan untuk dibentangkan pada sesi November nanti. Berjaya atau tidak usul tersebut terhadap Perdana Menteri sebagai Perdana Menteri yang mempunyai majoriti bukanlah satu kayu ukur utama tetapi kesungguhan kepimpinan utama negara meletakkan undang-undang di atas garisan landasan sebenar adalah kemenangan sebenar.


Kerana ia telah berjaya menolak tanggapan negatif rakyat kebanyakkan bahawa kepimpinan utama negara cuba bermain dengan pihak istana bagi mengekalkan kuasa mereka.


Senarai 25 NGO yang menyokong Memorandum Rakyat Malaysia


1. Masssa

2. MEMO

3. Otai Reformis 1998.

4. GMPN (veteran tentera)

5. Wadah

6. Suara prihatin Rakyat Malaysia

7. Pertubuhan Pelancungan Muslim Perak

8.Jaringan Maufakat Ngos Islam Perak

9. Pertubuhan Jalinan Amal Rakyat Taiping

10. Pertubuhan Komuniti Sejahtera Aman Perak

11.Persatuan Integrasi Kebajikan Kinta Perak

12. Pertubuhan Harapan Sejahtera Larut Matang dan Selama Perak

13. Pertubuhan Jalinan Mesra Rakyat Larut

14. RAPAT

15 .PERTUBUHAN SUARA RAKYAT SIPITANG

16. Sekretariat Muafakat

17. Pertubuhan Suara Rakyat Sipitang

18 Persatuan Menyumpit Murut Dayak Sabah

19. PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT SABAH

20. Persatuan Penduduk Kg. Buang Sayang

21. Pertubuhan Peneraju dan Pemerkasaan Wanita Sabah

21. Pertubuhan Sinar Wanita Sabah (PERSIWAS)

22. Pertubuhan Sinar Qaseh Labuan

23. Persatuan Anak Sabah di Perantauan

24. Persatuan Penduduk Asli Sabah (Pepas)

25. PERSATUAN KEBAJIKAN & KEBUDAYAAN MURUT MALAYSIA

26.Persatuan Insan Prihatin Sabah

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio