top of page

25 tahun perjuangan bukan penamat, satu permulaan baharu




Perjuangan 25 tahun untuk Presiden KEADILAN diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia bukanlah penamat tetapi merupakan permulaan baharu untuk merealisasikan reformasi sebagai arus perdana negara.


Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengungkapkan hal itu dalam ucapan pembukaan Kongres Nasional Khas KEADILAN di Stadium Melawati pagi ini.


Menurut beliau, kongres kali ini berbeza kerana KEADILAN menjadi parti utama dalam kerajaan setelah 3 tahun sebelum itu dikhianati dan cuba dimusnahkan oleh pemimpin yang belot.


"Kongres khas kali ini berbeza. Kita telah melalui cabaran, malah melalui episod pengkhianatan tetapi pada akhirnya kita bukan sahaja berpeluang berada di tampuk pentadbrian Putrajaya malah lebih manis pemimpin kita kasihi Datuk Seri Anwar diamanahkan sebagai PM Malaysia ke 10.


"Banyak ujian yang kita tempoh dan cabaran ini belum berakhir. 25 tahun pengalaman tentunya banyak kekuatan untuk meniti ranjau perjuangan.


"KEADILAN beruntung tatkala terakam dalam perjuangan parti, datang dan pergi KEADILAN terus punya pendukung yang kekal setia, tegar menggerakkan arus reformasi sehingga kita masuk ke bandar dan desa, mendapat sokongan pelbagai kaum etnik, peringkat umur. Inilah reformis sejati yang akan terus menyemarakkan obor perjuangan ini," katanya.


Menurut Saifuddin lagi, anjakan perjuangan berlaku dari fasa Pakatan Harapan kepada Kerajaan Perpaduan namun idealisme KEADILAN seharusnya kekal dan kali ini lebih baik dengan usaha menegakkan Masyarakat Madani di Malaysia.


"Ini menuntut kita untuk menginsafi. Ini nasihat presiden sewaktu mengalu alukan perwakilan dalam majlis makan malam semalam. Amanah ini mesti dijaga.


"Kita bulatkan tekad perjuangan, kita melangkah sederap sebagai agen perubahan yang menymbang kepada sebuah Malaysia Madani yang kita impikan.


"25 tahun perjuangan bukan penamat, ini baru permulaan kepada tugas besar yang lebih mencabar," katanya sebagai pembukaan Kongres Nasional Khas KEADILAN.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page