top of page

24 Ketua Cabang sokong Dr Zaliha sebagai Pengerusi MPN Johor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 2
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Pelantikan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor menerima sokongan penuh daripada barisan kepimpinan cabang KEADILAN seluruh negeri.


Menerusi satu kenyataan bersama, mereka menyifatkan Dr Zaliha sebagai tokoh berwibawa yang bersedia membawa nafas baharu dalam landskap politik negeri.


"Kami menyatakan sokongan penuh terhadap pelantikan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.


"Dengan pengalaman luas dalam politik dan pentadbiran, serta rekod cemerlang memperjuangkan agenda reformasi, beliau diyakini mampu menerajui KEADILAN Johor ke arah yang lebih dinamik dan inklusif," menurut kenyataan yang dibarisi 24 nama Ketua Cabang seluruh Johor itu.


Menerusi kenyataan sama mereka turut menyambut baik pelantikan Md Ysahrudin Kusni sebagai Timbalan Pengerusi KEADILAN Negeri Johor.


Pelantikan tokoh muda yang aktif serta berpengalaman luas di peringkat akar umbi itu jelas mereka mencerminkan komitmen parti untuk memupuk barisan kepimpinan pelapis yang progresif dan berdaya tahan.


"Kami komited untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dalam memperkukuh gerak kerja parti, mendekati rakyat, serta memperjuangkan isu-isu keadilan sosial dan kepentingan rakyat Johor secara menyeluruh.


"Dengan semangat perpaduan dan tekad yang jitu, kami percaya bahawa KEADILAN Johor akan terus maju ke hadapan dan memainkan peranan penting dalam lanskap politik negara," kata mereka lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page