top of page

233,782 pengguna berjaya mendaftar PADU



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Ekonomi mengesahkan seramai 233,782 pengguna telah berjaya mendaftar di bawah Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dalam tempoh 24 jam selepas pelancarannya.


Menerusi perkembangan terbaru di X,menterinya Rafizi Ramli berkata, sebanyak 71 peratus atau 118,115 pengguna berjaya melakukan proses e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital) iaitu memuat naik swafoto dan kad pengenalan untuk pendaftaran PADU.


Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan pasukan PADU sudah mengambil tindakan segera berhubung isu berbangkit mengenai sistem itu.


Berhubung pertanyaan mengenai 'Bug/Vulnerability' (Pepijat/Kelemahan) dalam mengisi maklumat, Rafizi memaklumkan, proses pengemaskinian individu, maklumat pengemaskinian boleh dilaksanakan sejurus log daftar masuk tanpa melalui proses e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital).


"e-KYC hanya dilaksanakan selepas pengemaskinian maklumat dilaksanakan dan individu ingin membuat pengesahan dan perakuan penghantaran profil.


"Sebarang maklumat yang diisi tanpa eKYC yang disahkan tidak akan diintegrasikan ke dalam PADU. Hanya maklumat yang dikemukakan dari pengguna yang berjaya pengesahan eKYC dikira sah," ujarnya.


Selain itu, isu berhubung pertanyaan sama ada nombor telefom sama boleh digunakan untuk mendaftar berbilang akaun, Rafizi berkata, nombor telefon sama boleh digunakan sebanyak lima kali.


Jelasnya, ia bagi memudahkan pendaftaran individu yang juga ahli isi rumah berusia 18 tahun ke atas atau ibu bapa yang tidak memiliki telefon untuk membuat pendaftaran akaun PADU.


"Secara umumnya PADU di rekabentuk bagi memusatkan maklumat setiap individu yang bertaraf warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Bagi tujuan ini, setiap individu yang berumur 18 tahun dan ke atas perlu mempunyai akaun individu sendiri.


"Seterusnya, bagi tujuan pembentukan isi rumah, individu yang berada di bawah satu isi rumah perlu dimasukkan di bawah satu isi rumah bersama ahli yang lain termasuklah mereka yang berusia di bawah 18 tahun dan bukan warganegara," katanya.


Jelasnya, ia bertujuan memastikan maklumat isi rumah terselaras dan hanya ketua Isi rumah sahaja dibenarkan membuat pengemaskinian isi rumah.


"Perakuan bagi ahli isi rumah hanya boleh dibuat apabila ketua isi rumah selesai mengisi maklumat isi rumah masing-masing.


"Setiap individu digalakkan untuk mengisi bersama-sama isi rumah yang lain bagi memudahkan proses perakuan dilakukan dengan mudah," katanya.


Menjelas lamjut mengenai medan data kosong selepas proses e-KYC, Rafizi berkata, e-KYC adalah proses pengesahan identiti pengguna.


"Pengguna perlu memastikan setiap maklumat yang dikemaskini perlu disimpan (save) pada setiap variabel.


"Selepas semua maklumat disimpan, pengguna perlu melaksanakan e-KYC bagi melaksanakan perakuan kepada maklumat yang dikemaskini," katanya.


Untuk rekod, PADU dibangunkan melalui kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kerjasama serta sokongan pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri.


Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas perlu mendaftar dan membuat semakan data di portal PADU serta mengemas kini dan mengesahkan 39 maklumat diri yang diperlukan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page