top of page

23 sukarelawan Malaysia misi GSF selamat tiba di Istanbul

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 5
  • 2 min read

Sukarelawan Malaysia dibebaskan tentera Israel dibawa ke Turkiye sebelum terbang pulang
Sukarelawan Malaysia dibebaskan tentera Israel dibawa ke Turkiye sebelum terbang pulang

Oleh: Azuan Ab Rahman


Seramai 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) selamat tiba di Istanbul, Turkiye, malam tadi selepas dibawa keluar dari Israel.


Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil ketika mengesahkan perkara itu memaklumkan kesemua aktivis berada dalam keadaan selamat dan dijangka pulang ke tanah air dalam masa terdekat.


"Alhamdulillah, Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim baru maklum bahawa 23 sukarelawan GSF dari Malaysia telah selamat tiba di Istanbul.


"Semoga Allah SWT memberi mereka semangat dan mempermudah segala urusan untuk kembali dengan selamat ke Malaysia," katanya dalam hantaran di media sosial malam tadi.


Misi GSF disertai ratusan aktivis antarabangsa dari 45 negara bagi menghantar bantuan kemanusiaan sebagai simbol solidariti antarabangsa dan usaha memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza.


Pada Khamis, konvoi tersebut dipintas tentera rejim Israel di perairan Laut Mediterranean dan semua aktivis terbabit ditahan.

Antara aktivis Malaysia yang terlibat antaranya Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali Ardell Aryana yang menaiki kapal Mikeno, penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga), Zainal Rashid Ahmad (ZRA) dan Ustaz Muhammad Abdullah (kapal Fair Lady) serta erta Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Taufiq Mohd Razif (kapal Free Willy).


Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bersyukur susulan perkembangan itu.


Beliau yang juga juga penaung Sumud Nusantara berkata, kesemua mereka akan diberikan pemeriksaan kesihatan serta sokongan menyeluruh termasuk aspek psikologi sebelum dibawa pulang ke tanah air.


"Syukur ke hadrat Allah SWT, 23 wira dan wirawati kita selamat tiba di Istanbul, Turkiye.


"Jentera kerajaan yang dikendalikan Kementerian Luar Negeri di Istanbul akan memastikan kelancaran proses membawa pulang kesemua aktivis tersebut ke Malaysia dalam masa terdekat," jelasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page