top of page

23 sukarelawan kemanusiaan Malaysia selamat tiba di KLIA

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 42 minutes ago
  • 1 min read

Dr Zulkifli (kanan sekali) bersama aktivis GSF 'Ust Mad Kecik' yang mengibarkan bendera Palestin di KLIA1
Dr Zulkifli (kanan sekali) bersama aktivis GSF 'Ust Mad Kecik' yang mengibarkan bendera Palestin di KLIA1

Suasana penuh emosi dan semangat solidariti menyelubungi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) malam tadi apabila seramai 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza selamat tiba di tanah air.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan yang turut hadir menyambut kepulangan pasukan itu, menyifatkan ketibaan mereka sebagai detik penuh makna dan lambang keberanian rakyat Malaysia dalam memperjuangkan kemanusiaan sejagat.


"Selamat kembali wira dan wirawati negara. Di KLIA1, saya menjadi watak kecil dalam kalangan para pejuang yang berjiwa besar yang mempertaruhkan segala risiko atas nama solidariti buat saudara kita di Gaza," katanya dalam kenyataan.

Suasana terharu menyambut ketibaan sukarelawan dan aktivis GSF di Balai Ketibaan KLIA1, malam tadi
Suasana terharu menyambut ketibaan sukarelawan dan aktivis GSF di Balai Ketibaan KLIA1, malam tadi

Menurut beliau, suasana di balai ketibaan bercampur antara sorakan penuh semangat dan rasa sebak, apabila para aktivis muncul selepas melalui detik mencabar termasuk penahanan oleh tentera Israel.


"Alhamdulillah, saya dan pasukan berkesempatan menyambut 23 delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin," ujarnya.


Dr Zulkifli turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua pihak yang memainkan peranan memastikan keselamatan serta kepulangan aktivis berkenaan.


"Mereka tampil di KLIA1 selepas usaha YAB Perdana Menteri dan pelbagai pihak bagi memastikan mereka selamat tiba," katanya lagi.


Kepulangan wira kemanusiaan ini disambut penuh bangga dan terharu oleh keluarga, pengamal media serta orang ramai yang membanjiri KLIA1 sejak awal pagi.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page