top of page

‘218 permohonan bas tambahan dilulus sempena Aidilfitri’ - Loke



Oleh: Abdullah Zaid


Sebanyak 218 permohonan bas tambahan telah diluluskan bagi menampung jumlah pengguna menjelang perayaan Aidilfitri.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) Perayaan itu dilakukan di bawah kendalian

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).


“Jumlah bas tambahan dijangka akan meningkat sehingga permohonan LPS tutup hari ini berbanding tahun lepas, sebanyak 256 bas tambahan telah diluluskan oleh APAD.


“Oleh itu, APAD telah memastikan bas-bas tambahan yang diluluskan disaring agar mematuhi semua kriteria-kriteria permohonan seperti pemeriksaan keselamatan kenderaan PUSPAKOM dan GPS,” katanya dalam lawatan kerja ke Terminal Bersepadu Selatan sempena persiapan Hari Raya Aidilfitri, hari ini.


Jelasnya, Pengendali Terminal Bas Bersepadu (TBS) turut membuat kesiapsiagaan yang tinggi untuk mengendali lonjakan jumlah penumpang sempena musim perayaan termasuk menambah kakitangan pengurusan trafik dan pengerakan penumpang di laluan sekitar terminal.


“Selain itu, pihak TBS juga menambah kaunter tiket dan kaunter pertukaran tiket serta pemantauan keselamatan melalui 623 buah CCTV untuk keselamatan orang awam,” ujarnya.


Bagi sistem pembelian tiket dalam talian, Anthony berkata, pengendali TBS memperkenalkan penggunakan Kod QR di mana penumpang hanya perlu mencetak dan terus ke Balai Pelepasan.


Jelasnya, kaedah itu mengurangkan kesesakan kaunter dan pintu masuk utama Balai Pelepasan memandangkan 65% pembelian tiket bas adalah melalui atas talian.


“Oleh itu, saya menyeru agar Penyedia Sistem Tiket Online (OTA) bas ekspres yang masih belum melaksanakan sistem pelepasan mengunakan kod QR untuk melaksanakannya dengan kadar segera,“ ujarnya.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page