top of page

2026 Tahun Reformasi: Pembaharuan Institusi Utama PMX di landasan betul

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read

ree

Tahun 2026 sewajarnya diangkat sebagai Tahun Reformasi susulan pengumuman beberapa pembaharuan institusi utama oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) hari ini yang dilihat sebagai langkah berani ke arah memperkukuh demokrasi dan tadbir urus negara.


Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin (gambar) berkata, antara reformasi penting yang diumumkan termasuklah had jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal, pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, pelaksanaan kebebasan maklumat serta penubuhan institusi Ombudsman.


"PMX telah mengumumkan pembaharuan Institusi Utama, mengambil langkah berani untuk Reformasi Malaysia," katanya dalam aplikasi X.


Menurut Tze Tzin lagi, langkah mengehadkan tempoh jawatan PM merupakan usaha penting untuk mengelakkan penumpuan kuasa, manakala pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan memperkukuh kebebasan sistem perundangan negara.


"(Bagi saya) PM telah memulakan 2026 ke arah yang betul," ujarnya.


Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu turut menyifatkan pengenalan kebebasan maklumat dan Ombudsman sebagai manifestasi kesungguhan kerajaan dalam memperkukuh ketelusan, akauntabiliti dan perlindungan hak rakyat.


Beliau menegaskan bahawa langkah-langkah tersebut menunjukkan PM telah memulakan tahun 2026 dengan hala tuju yang tepat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page