top of page

2026: Kementerian Komunikasi perhebat keselamatan internet - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 22, 2025
  • 1 min read

Kementerian Komunikasi akan menumpukan kepada usaha memperkukuh keselamatan Internet dan memperbaiki penyampaian maklumat kerajaan agar lebih berkesan, serta menepati keperluan kumpulan sasar pada 2026.


Menterinya Datuk Fahmi Fadzil (gambar) berkata, langkah itu bagi memenuhi aspirasi Kerajaan MADANI yang menekankan keadilan dan kesejahteraan rakyat terutama berkaitan keselamatan internet.


"Kementerian akan melaksana Kempen Internet Selamat 2.0 akan dilaksanakan dalam skala besar melalui siri jelajah ke seluruh negara bagi memberikan kefahaman menyeluruh mengenai keselamatan digital termasuk peranan ibu bapa dalam melindungi anak-anak daripada risiko buli siber, penipuan dalam talian dan penyalahgunaan platform digital.


"Saya berasa bersalah sekiranya kita hanya berjaya menyediakan internet yang laju dan murah, tetapi tidak selamat.


"Legasi yang ingin dibina oleh Kerajaan MADANI adalah rangka undang-undang yang lebih kukuh bagi melindungi rakyat, khususnya kanak-kanak dan keluarga daripada ancaman digital," katanya dipetik temu bual khas bersama Bernama.


Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut menjelaskan, tahun 2025 menyaksikan beberapa pencapaian penting untuk memperkukuh keselamatan Internet.


Antaranya pindaan kepada Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang berkuat kuasa pada 7 Februari lepas dan undang-undang berkaitan komunikasi yang tertangguh lebih sedekad sebelum ini, antaranya


"Pindaan itu membolehkan tindakan lebih tegas diambil terhadap penyalahgunaan rangkaian seperti buli siber, penipuan dalam talian, doxing (dedah maya) dan akaun palsu.


"Ia sekali gus mencerminkan kesungguhan kerajaan memastikan rangka perundangan kekal relevan, seimbang serta mampu menangani cabaran baharu dalam ekosistem digital yang semakin kompleks," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page