top of page

2023: Tahun baharu pertama pelbagai aliran politik membentuk kerajaan



Tahun baharu 2023 unik kerana merupakan tahun pertama Kerajaan Perpaduan memerintah Malaysia dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.


Bagi Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai (gambar, kanan) berkata tahun ini adalah waktunya untuk rakyat melakukan perobahan dan menukar paradigma.


"Tahun 2023 meletakkan Malaysia di atas landskap sosio politik yang berubah sama sekali. Untuk pertama kalinya, hasil daripada pilihanraya tidak ada mana-mana kumpulan yang dapat membentuk kerajaan dengan sendiri maka pelbagai aliran politik telah bersatu


"Malaysia masih mempunyai banyak cabaran yang belum pernah diuji. Di kebanyakkan negara, ketidakstabilan politik menyebabkan perang saudara atau pemberontakkan yang diperjuangkan atas nama ‘nation building’.


"Tetapi di Malaysia, pertukaran kerajaan berlaku dalam keadaan yang aman buat pertama kalinya pada PRU14 tahun 2018 dan PRU 15 baru-baru ini. Perkongsian kuasa dapat direalisasikan dalam bentuk Kerajaan Perpaduan," katanya dalam satu kenyataan.


Tambahnya, Kerajaan Perpaduan juga telah menganjakkan pemikiran rakyat malaysia daripada didominasi ketuanan oleh satu-satu kumpulan politik kepada pencampuran pelbagai aliran dalam satu kerajaan.


Juga, katanya buat pertama kali idelogi reformasi dominan dalam pemerintahan.


"Dasar KEADILAN semenjak penubuhan parti, telah meletakkan agenda reformasi sebagai teras perjuangan.


"Namun Malaysia masih perlu melalui satu penggal pembaharuan yang berlandaskan agenda reformasi ini yang selaras dengan iltizam Presiden KEADILAN.


"Harapan saya pada tahun lepas, adalah kerajaan pasca PRU15 yang diterajui oleh PH. Tahun ini, hasrat saya dimakbulkan. Semoga era politik yang baru ini dapat membawa Malaysia ke satu paradigma yang lebih positif dan dapat dikekalkan." katanya lagi.


0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page