top of page

2022: Berdoa agar bencana buruk tidak berlarutan



Ketua Penerangan KEADILAN Negeri Perak mengajak rakyat berdoa agar bencana alam tidak akan berlarutan memasuki tahun baharu 2022.


Dalam perutusan tahun baharunya, ADUN Hulu Kinta, Mohamad Arafat berkata, tahun 2021 meninggalkan kenangan pedih kepada rakyat dan perlu dijadikan pengajaran bagi meneruskan perjuangan untuk tahun berikutnya.


"Tahun 2021 meninggalkan kita dengan seribu satu catatan perjalanan yang menyedihkan dan penuh pancaroba. Satu dunia terhenti seketika akibat kesan wabak Covid-19 yang melanda dan kini kita pula diuji musibah banjir.


"Meskipun menganggap bencana itu sebagai satu ujian, namun ia bagaikan mimpi yang sukar untuk dilupakan. Banjir besar yang melanda beberapa negeri sejak pertengahan Disember telah mengorbankan berpuluh nyawa.


"Saya mengajak semua rakyat untuk bersama-sama mendoakan agar situasi banjir dan cuaca buruk yang berlaku di negara ini tidak berlarutan dan segera berakhir," katanya.


Beliau turut mengucapkan selamat tahun baharu kepada rakyat Malaysia dan menyeru agar tidak melupakan jasa bakti sukarelawan dalam memulihkan kehidupan mangsa mangsa banjir di Selangor, Pahang serta tiga lagi negeri di Pantai Timur dan Selatan yang sedang dilanda bencana.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page