top of page

200,000 pekerja Bangladesh: "Langsung tak logik" – KESUMA

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Menteri Sumber Manusia (KESUMA) menafikan laporan yang mendakwa Malaysia bersetuju mengambil 200,000 pekerja dari Bangladesh secara berperingkat dalam tempoh enam bulan akan datang.


Datuk Seri R Ramanan (gambar), berkata sebarang keputusan pengambilan pekerja asing hanya akan ditentukan berdasarkan keperluan sebenar industri yang disahkan serta had ditetapkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).


Malah menurutnya, angka dinyatakan juga tidak menggambarkan keperluan semasa, bahkan tempoh pengambilan dicadangkan juga tidak munasabah.

"Tidak masuk akal jika 200,000 pekerja akan diambil dalam tempoh enam bulan. Adakah itu bermakna lebih 1,000 rakyat Bangladesh perlu memasuki Malaysia setiap hari. Ia langsung tidak logik," katanya dipetik laporan media.


Kontroversi timbul susulan kenyataan Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar dan Koperasi Bangladesh, Mir Shahe Alam berhubung isu tersebut.


Bagaimanapun, Jurucakap Kerajaan Datuk Seri Fahmi Fadzil tampil menafikan dakwaan itu dengan menegaskan ia tidak boleh dianggap sebagai pengumuman rasmi kerajaan Bangladesh.


Sementara itu Ramanan menegaskan, pengambilan pekerja asing hanya dipertimbangkan bagi sektor benar-benar memerlukan tenaga kerja asing.


Setiap permohonan akan dinilai berdasarkan had ditetapkan Kementerian Ekonomi menerusi RMK13 sebelum diberi pertimbangan Jemaah Menteri.


"Ini bertujuan memastikan keputusan berkaitan pengambilan pekerja asing dibuat secara terkawal dan bertanggungjawab berdasarkan keperluan sebenar ekonomi serta industri," jelasnya.


Beliau turut memberitahu, keutamaan kerajaan adalah memastikan peluang pekerjaan untuk warga tempatan selain memastikan kebergantungan terhadap pekerja asing kekal dalam kerangka dasar yang diluluskan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page