top of page

20 ribu mangsa penipuan atas talian, mengapakah penjenayah sukar dihukum?



Penipuan kewangan atas talian pada setiap tahun menjangkau 20,000 kes.


Namun tangkapan ke atas penjenayah terbabit tidak banyak dilakukan dan sukar pula dijatuhi hukuman keras.


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang tampil mengambil memorandum dari Kumpulan Sokongan Mangsa-mangsa Penipuan Kewangan Online di luar kawasan Parlimen berkata demikian dalam ucapan ringkasnya.


"Saya juga ada ahli keluarga yang menjadi mangsa scam. Emak saya kehilangan RM75,000 simpanan beliau. Sehingga hari ini wang itu tak tahu macam mana dilesapkan.


"Kita lihat secara purata RM690 juta dicuri melalui aktivti scam setiap tahun. Setiap tahun ada 20,000 mangsa scam.


"Yang kita kesal ialah jumlah yang ditangkap mengikut jawapan timbalan menteri di Parlimen setakat ini (agak kecil) dan dihadapkan ke mahkamah, kita tak tahu berapa ramai kepala (pengendali) scammers yang dihadapkan ke mahkamah.


"Adakah mereka mempunyai kekebalan. Mungkin sebab kabel mereka," katanya.


Bagaimanapun, menurut beliau, scammers sering kali berjaya meloloskan diri kerana undang undang negara yang mempunyai banyak kelompongan dalam membendung aktiviti berkenaan.


"Apa pun wujud kelompongan terutama dalam keselamatan Akta Data Peribadi yang mana saya telah memasukkan satu Rang Undang Undang Persendirian untuk memberi satu bantuan kepada Jabatan Peguam Negara dan Menteri Komunikasi dan Multimedia perkara perkara yang diperlukan dalam meminda akta tersebut.


"Kita lihat kalau data tidak selamat maka scammer mudah menggunakannya untuk aktiviti jenayah," katanya.


Beliau berharap Ahli Parlimen pada minggu hadapan berbekalkan memorandum berkenaan boleh bertanya kepada Menteri Kewangan mengenai dasar kerajaan untuk membanteras jenayah penipuan kewangan atas talian.


Sementara hal itu dilakukan, katanya, rakyat perlulah lebih berhati hati dan jangan memberikan butir akaun peribadi kepada orang tidak dikenali.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page