top of page

20,000 Rumah Terbuka Madani di KB, kebangkitan rakyat Kelantan



Sambutan luar biasa lebih 20,000 rakyat Kelantan di Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani peringkat negeri Kelantan di Kota Bharu semalam boleh dianggap satu kebangkitan sokongan penduduk negeri itu kepada Kerajaan Perpaduan.


Menurut Setiausaha KEADILAN Kelantan, Zinda Khalil Sastro Hassan, jumlah tersebut di luar perancangan penganjur dan memperlihatkan rakyat benar benar mahu bersua muka dengan kepimpinan Malaysia Madani selepas 6 bulan kerajaan berkuasa melakukan pelbagai perubahan.


"Majlis Rumah Terbuka Madani Kelantan sangat berjaya, sambutan luar biasa. Target awal kita 15,000 tetapi semalam lebih 20,000 hadir.


"Mengenai tawaran PM pula dalam ucapan Datuk Seri Anwar semalam menyatakan kerajaan pusat sedia mencari dana untuk bantu masalah air di Kelantan walaupun masalah itu sudah lama, lebih 3 dekad sampai sekarang tak boleh diselesaikan.

Zinda Khalil Sastro Hassan

"Kita juga tahu kelemahan utama, seperti mana diberitahu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini bahawa kelemahan tadbir urus Air Kelantan Sdn Bhd adalah punca utama masalah air tidak boleh selesai


"Kedua, PM sendiri berjanji untuk menokhtahkan kemiskinan tegar di Kelantan. Di mana beliau akan membantu menyediakan dana khas untuk bantu miskin tegar


"Jaminan dia untuk menyelesaikan masalah kemiskinan tegar di Kelantan disambut baik," katanya kepada Suara Keadilan.


Menurut Zinda Khalil lagi, sikap PM yang tidak pilih kasih dan tetap mengutamakan kemajuan di Kelantan biar pun berbeza idealogi politik telah membuka mata rakyat.


Katanya, sejak Pas memerintah 30 tahun lalu, Kelantan dan kemiskinan hampir sinonim dan Kerajaan Madani menjadi satu satunya pmerintah yang mempunyai inisiatif untuk menamatkan kemiskinan tersebut.


Hal itu katanya, boleh menjadi pedoman rakyat dalam membezakan antara politik Islam Pas yang banyak memperlekeh dasar Persekutuan dan politik Kerajaan Perpaduan yang lebih banyak bertindak daripada beretorik.


Malah, beliau berharap sambutan rakyat semalam akan diterjemahkan ke peti undi dalam 2 bulan akan datang.


"Kebangkitan atau sambutan luar biasa semalam menandakan kebangkitan rakyat Kelantan dan kemungkinan besar kita boleh menzahirkannya dalam PRN nanti," ujarnya.


Selain itu, Zinda Khalil juga mengucapkan tahniah kepada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang menjadi kementerian peneraju menganjurkan rumah terbuka Madani berkenaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page