top of page

20,000 kematian akibat Covid 19 tidak boleh diremehkan - Anwar



Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar kerajaan tidak meremehkan angka kematian akibat pandemik Covid 19 yang telah mencecah 20,000 orang.


Katanya, meskipun angka kematian 592 kelmarin didakwa angka kes-kes tertunggak namun realitinya angka kematian di Malaysia agak menakutkan.


"Negara telah merekodkan seramai 592 angka kematian dari wabak Covid-19 kelmarin, lantas meletakkan kedudukan negara di tangga keempat tertinggi kematian di dunia dari wabak.


"Meski angka yang tinggi adalah dari kes-kes yang tertunggak (data backlog), ia tetap tidak boleh menafikan fakta angka-angka kematian ini terutamanya yang mati di luar hospital (BID) sangat tinggi dan membimbangkan.


"Negara telah menyaksikan lebih 20,000 kematian dari wabak. Ini mungkin dianggap remeh dan tidak termasuk berapa banyak pesakit bukan Covid yang kesihatannya terus terjejas dek kerana kelewatan menerima pemeriksaan dan rawatan.


"Setiap angka kematian itu bukanlah sekadar statistik tetapi adalah mereka yang punyai orang yang tersayang; dari seorang nenek hinggalah kepada seorang anak kecil yang kini menjadi anak yatim atau anak yatim piatu," kata Anwar dalam satu kenyataan.


Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, kegagalan kerajaan PN 2.0 menangani wabak Covid dengan berkesan menyebabkan kesukaran untuk membuka semula semua sektor ekonomi dan rakyat pula ketakutan untuk berbelanja, serta pelabur asing menjauhkan diri dari Malaysia.


"Kementerian Kesihatan harus segera menjalankan libaturus dengan pakar-pakar di sektor awam mahupun swasta sebagai usaha dan upaya kita untuk mengelakkan lebih banyak kematian. Kita perlukan tahap ketelusan yang lebih lagi bagi memastikan punca-punca kematian. Sebagai contoh, apakah terdapat kelewatan untuk para pesakit menerima rawatan.


"Saya ulang tentang keperluan untuk menyuntik sebanyak RM45 bilion lagi pakej rangsangan fiskal bagi melawan kesan wabak. Ini tidak hanya akan menopang golongan yang terkesan secara ekonomi, tetapi juga akan membantu memperbanyak pembangunan dan pembinaan pusat-pusat kesihatan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page