top of page

2 pimpinan Otai Reformis 1998 bertanding MPP

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 3, 2022
  • 1 min read


Buat julung kalinya selepas dua dekad NGO pro Reformasi, Otai Reformis 1998 mengumumkan dua pemimpin kanan mereka akan bertanding untuk posisi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN.


Menurut Setiausaha Agung Otai, Razak Ismail, sudah tiba masanya KEADILAN diperkuatkan kembali dengan perjuangan Reformasi, terutama ke atas generasi muda.


Kedua dua pimpinan reformis berkenaan, katanya, akan memberi sumbangan di posisi MPP parti.


"Otai mengumumkan 2 pimpinan telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.


"Mustapa Mansor Amer Mohd Isa adalah Timbalan Pengerusi Otai Reformis manakala Abdul Razak Ismail pula adalah Setiausaha Otai," katanya dalam satu kenyataan.


Mustafa, menurut Razak merupakan Presiden NGO Masyarakat Madani (MaSSa) sebuah NGO kemanusian yang sarat kerja-kerja amal dan sosial.


Beliau pernah ditahan oleh unit komando Israel di atas kapal Flotila Mavi Marmara pada 2010 ketika menjalani misi membawa bantuan kemanusian ke Gaza, Palestin.


"Mustafa bergiat aktif dalam kerja-kerja amal, memberi makanan kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur semasa PKP tempoh hari dan menyediakan makanan bermasak kepada mangsa- mangsa banjir di Hulu Langat dan Taman Seri Muda, Shah Alam bawah program 'Dapor Darurat ' pada Disember tahun lepas.


"Manakala saya, Razak Ismail adalah Setiausaha Otai Reformis


"Aktif dalam aktiviti sosial, kemasyarakaran dan alam sekitar," katanya.


Razak juga menurut kenyataan itu, terlibat dalam perjuangan isu isu alam sekitar, menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berikutan isu pembalakan yang menyebabkan banjir besar baru baru ini, juga sering menjadi jurubicara reformis menegur kepincangan kerajaan BN dan malah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad sewaktu era pemerintahan Pakatan Harapan.




Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page