top of page

2,700 sukarelawan terlibat Malaysia Save Food, beri manfaat 35 IPT

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 19, 2024
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Seramai 2,700 sukarelawan akan menjadi penggerak kempen Malaysia Save Food (MySaveFood) Ramadan 2024 di seluruh negara.


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, program kesedaran itu digerakkan bertujuan membudayakan satu sistem pengurusan lebihan makanan yang efektif dari bazar Ramadan dalam usaha mengurangkan pembaziran makanan sepanjang bulan yang mulia ini.


"Inisiatif ini turut menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu mengurangkan separuh daripada jumlah pembaziran makanan menjelang 2030 dan mewujudkan Zero Hunger," kata Fuziah dalam satu kenyataan.


Sumbangan dari bazar Ramadan akan mengelakkan pembaziran makanan

Menurut beliau, kempen kesedaran tersebut turut melibatkan kerjasama Gerakan Pengguna Siswa (GPS) serta Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia untuk disalurkan dan diagihkan kepada pelajar IPT yang dipilih.


"Hal ini pastinya mampu membawa gelombang kefahaman terhadap perkongsian rezeki melalui sistem pengurusan yang lebih baik," ujarnya.


Jelas Fuziah, pihaknya menjangkakan sebanyak 75 bazar di 11 negeri dan satu Wilayah Persekutuan akan terlibat dalam projek ini selain 35 universiti awam dan swasta akan menerima manfaat pemberian kempen kesedaran tersebut.


"KPDN akan meneruskan usaha murni ini serta mengembangkannya bersama rakan-rakan strategik Gerakan Pengguna Siswa dengan kerjasama Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia.


"Ia bagi memastikan aspirasi RAHMAH MADANI ini dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai masyarakat," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page