top of page

2,500 mahasiswa terima manfaat Program Siswa Sulung



Seramai 2,500 mahasiswa daripada keluarga kurang berkemampuan menerima pengecualian yuran pengajian di universiti awam bagi sesi akademik 2024/2025.


Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, manfaat itu diterima menerusi Program Siswa Sulung 2.0


"Untuk kumpulan pelajar baharu, sekitar 2,500 mahasiswa (terpilih). Secara keseluruhannya, kita jangkakan sekitar 8,000 pelajar akan menerima bantuan ini.


"Maknanya tidak ada lagi alasan untuk mengatakan kita tidak mengambil perhatian terhadap mereka. Dalam Kerajaan Madani ini, kita berikan perhatian," katanya dipetik.


Dr Zambry sebelumnya hadir ke program Jelajah Kampus Madani ‘In Person with Doc Zam: Tips & Tricks for Freshies’ bersempena Minggu Apresiasi Watan (MAW) Sesi 2024/2025 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di Bangi pada Ahad.


Program Siswa Sulung 2.0 adalah bantuan pengecualian yuran pengajian yang diberikan kepada individu pertama dalam keluarga B40 atau keluarga kurang mampu yang berjaya melanjutkan pengajian peringkat ijazah pertama di universiti awam.


Menerusi program tersebut, mahasiswa yang tersenarai dalam keluarga miskin tegar dan berada dalam sistem eKasih akan menerima manfaat berkenaan.


"Inilah pendekatan Kerajaan Madani bagi memastikan pelajar daripada keluarga yang susah, miskin, miskin tegar dan eKasih diberikan ruang," tambahnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page