
Selangor berjaya memberi 2.3 juta dos vaksin Covid 19 kepada penduduk negeri menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), jumlah tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datul Seri Amirudin Shari, sebanyak 12.02% rakyat Negeri Selangor sehingga semalam telah lengkap menerima 2 dos vaksin.
"Program SelVAX mencatat pemberian 57,339 dos setakat semalam.
"Kadar vaksinasi harian telah mencecah 114,416 dos, tidak termasuk Program SelVAX yang sedang giat diperluaskan dan telah mencecah pemberian hampir 58,000 dos sejak dimulakan. Kadar vaksinasi ini akan dipertingkatkan dari masa ke semasa," katanya.
Menurut beliau lagi, kerajaan negeri akan memperhenatkan pemberian vaksin bagi mengurangkan kadar jangkitan Covid 19 bagi membolehkan Selangor masuk ke fasa pemulihan berikutnya.
"Saya ingin memaklumkan bahawa peratus penggunaan vaksin di Selangor adalah 78% berdasarkan bekalan yang diterima dari CITF Persekutuan. Baki vaksin berjumlah 618,000 dos telah diberi temujanji untuk tempoh 7 hari mengambilkira jumlah vaksinasi harian kini mencecah 115,000.
"Kerajaan Negeri akan terus mempertingkatkan pemberian vaksin sebagai salah satu langkah utama menewaskan wabak Covid-19," katanya.
Keadaan jangkitan Covid di Selangor yang amat membimbangkan sejak kebelakangan ini memerlukan proses vaksinasi secepat mungkin bagi menurunkan keluk jangkitan.
Comments