Perasmian Ranting baharu di Bukit Bendera, Batu Pahat baru-baru ini bakal menguatkan lagi jentera KEADILAN di Johor yang dikhianati beberapa wakil rakyat 'berjiwa Reformasi' sejak setahun lalu.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Ayer Hitam, Mohd Fauzi, perasmian Ranting Bukit Bendera oleh Ketua Cabang KEADILAN Ayer Hitam, Jacqualine Neo akan mengubah lanskap politik di Parlimen tersebut pada Pilihan Raya Umum ke 15.
"Setiausaha Pengelola Majlis Pimpinan Negeri Johor, saudari Jacqualine Neo menghadiri majlis perasmian dan menyampaikan sijil Ranting Bukit Bendera, Cabang Batu Pahat
"Sijil diserahkan kepada Ketua Ranting Bukit Bendera, Lau Yi Leong," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau juga memberitahu jumlah keseluruhan Ranting KEADILAN di Johor pada tahun ini telah mencapai 176 kesemuanya berbanding tahun lalu hanya 92 Ranting.
Turut serta dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, YB Jimmy Phua serta Ketua Cabang Batu Pahat, Syed Hamid Ali.
Comments