top of page

170 projek fasiliti kesihatan sedang dilaksanakan - KKR

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 11 hours ago
  • 1 min read


Kerajaan MADANI melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) mempergiat usaha memperkukuh kemudahan kesihatan negara.


Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya diberi mandat untuk melaksanakan 170 projek fasiliti kesihatan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), melibatkan kos keseluruhan RM16.47 bilion.


"Projek-projek ini melibatkan pelbagai peringkat pembangunan dengan anggaran RM4.05 bilion, 64 projek dalam fasa pembinaan bernilai RM7.88 bilion, dan 44 projek pula dalam fasa pasca pembinaan bernilai RM4.54 bilion.


"Keseluruhan projek ini adalah antara inisiatif kerajaan untuk memastikan rakyat menikmati akses kepada kemudahan kesihatan yang lebih baik dan berkualiti tinggi," katanya dipetik.


Beliau berkata begitu pada sidang media sempena Majlis Penyerahan Blok Bertingkat Hospital Seberang Jaya (HSJ) kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, di Butterworth pada Jumaat.


Mengulas mengenai blok tambahan sembilan tingkat bernilai RM486.2 juta itu beliau berkata ia bermula sejak 2016, namum berdepan kelewatan susulan pandemik COVID-19


Bagaimanapun ia akhirnya ia disiapkan dengan mutu dan kualiti terbaik seperti yang ditetapkan.


Sementara itu Alexander menjelaskan kadar projek "sakit" dalam sektor infrastruktur kesihatan sangat rendah, iaitu hanya 2.8 peratus daripada keseluruhan projek, membabitkan 35 projek sahaja.


"Malah ada projek yang disiapkan lebih awal daripada jadual, membuktikan komitmen serius kerajaan dalam menyediakan kemudahan kesihatan yang cekap dan berkualiti kepada rakyat," tambahnya.

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page