top of page

164 keluarga terjejas ribut terima sumbangan PM

Updated: Nov 17, 2023



Seramai 164 keluarga di Taman Klebang Jaya dan Taman Meru 2C di Ipoh yang kediaman mereka terjejas dalam kejadian ribut minggu lalu mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri melalui Setiausaha Politik Kanannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin menyampaikan sumbangan antara RM700 hingga RM1,400 kepada penduduk yang terkesan dengan kejadian itu.


Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan itu pada Khamis, Shamsul berkata sumbangan tersebut bertujuan meringankan beban dalam membantu mereka membaiki kerosakan akibat kejadian ribut.


"Bantuan yang disampaikan itu juga sebagai menzahirkan rasa simpati dan tanggungjawab Anwar sebagai Ahli Parlimen Tambun kepada penduduk di kawasan diwakilinya," katanya dipetik.


Pada 8 November lalu, hujan lebat diikuti angin kencang menerbangkan bumbung rumah 65 penduduk di Klebang Jaya selain menyebabkan siling runtuh namun tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira 2 petang itu.


Kejadian sama turut berlaku di Taman Meru 2C Isnin lepas sekitar 4 petang apabila lebih 99 rumah penduduk di Persiaran Taman Meru 22, 24,26 dan 30 mengalami kerosakan di bahagian bumbung.


Shamsul sementara itu berkata, Anwar telah mengarahkan semua agensi berkaitan bencana dan keselamatan serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri sentiasa bersiap sedia menghadapi ketidaktentuan cuaca seperti ribut dan banjir.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page