16 stesen LRT tutup 7 hari: 'Menteri tak beri kenyataan, elok jangan jadi menteri lepas PRU'



Penutupan sementara 16 stesen sistem pengangkutan rel ringan (LRT) selama seminggu di ibukota Kuala Lumpur akibat masalah teknikal benar benar membebankan warga kota.


Namun, menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil, Menteri Pengangkutan peralihan dan Menteri Kewangan peralihan seolah olah tak peduli masalah berkenaan dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau tindakan.


"Kita berada di stesen universiti dalam parlimen Lembah Pantai


"Stesen ini sangat sibuk kerana rata rata penduduk mengunakan perkhidmatan LRT ke Bangsar South yang merupakan kawasan multimedia super corridor dengan banyak syarikat besar. Ini bagi saya satu gangguan yang sangat mudarat kepada produktiviti.


"Pagi tadi ramai terperangkap kesesakan lalu lintas luar biasa. Perjalanan biasa 5 minit untuk beberapa ratus meter perlu 45 minit.


"Malangnya sehingga saat ini sepatah pun kita belum dengar dari Menteri Pengangkutan sementara. Yang paling menyedihkan Menteri bertanggungjawab untuk LRT, Menteri Kewangan sementara (jaga Prasarana) juga tidak memberikan sepatah komen," kata Fahmi dalam sidang media di hadapan stesen LRT universiti, petang tadi.


Tegas beliau, sekiranya Menteri menteri berkenaan hanya mahu menumpukan kempen pilihan raya dan membiarkan rakyat terperangkap dalam kesesakan selama seminggu, maka lebih baik mereka tidak menjadi Menteri lagi selepas 19 November ini.


"Ini satu perkara yang amat mendukacitakan. Kalau mereka enggan melakukan tugas sebagai Menteri sementara, saya rasa selepas PRU mereka tak payah jadi menteri. Waktu rakyat susah, mereka berfikir tentang nasib politik sendiri. Ini bagi saya satu tindakan tidak bertanggungjawab dan rakyat perlu hukum mereka di peti undi," katanya.


Sebagai calon Ahli Parlimen Lembah Pantai, beliau akan mengambil inisiatif untuk berunding dengan pengendali e-hailing bagi menyediakan pengangkutan percuma kepada warga yang sering menggunakan LRT.


"Kami sedia menampilkan cadangan. Contohnya saya di Lembah Pantai daripada nak tunggu Prasarana atau Menteri sementara, maka petang ini saya berbincang dengan kawan kawan e-haling untuk sediakan perkhidmatan percuma kepada warga Lembah Pantai untuk pergi ke lokasi yang lazimnya mereka gunakan LRT," katanya.


Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang turut berada dalam sidang media itu mahu Menteri Kewangan dan Prasarana bersikap lebih bertanggungjawab.


Mantan Menteri Pengangkutan itu juga mencadangkan kerajaan menyewa bas bagi memperbanyak pengangkutan di kawaan terjejas dari Ampang sehingga ke Kelana Jaya yang melibatkan kira kira 300,000 pengguna sehari.


"Apa yang penting saya menyeru Menteri Pengangkutan caretaker ambil tanggungjawab. Saya tak nampak Menteri Pengangkutan ambil berat, seolah olah beliau tak tahu dan biarkan pengurusan Prasarana lakukan


"Hal ini perlu tindakan komprehensif, kena deploy semua mode pengangkutan termasuklah tambah KTM komuter ditambah kapasitinya, bas Prasarana perlu digunakan. Juga perlu sewa bas dari syarikat lain, " katanya.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER