top of page

16 September Terbentuknya Malaysia Berdaulat



Oleh: Abang Zulkifli Abang Engkeh


ULASAN: Pada tahun ini perayaan sambutan Hari Malaysia diadakan di tempat kelahirannya di Sarawak.


Bulan September tahun ini merupakan bulan yang sangat harmoni dan kemeriahannya dirasai di segenap pelusuk Sarawak. Pesta dan keramaian juga diadakan di kebanyakan tempat. Contohnya Pesta Debak Saribas yang bermula 15 September 2023. Kegembiraan dan kesyukuran dizahirkan melalui berbagai aktiviti, termasuklah aktiviti-aktiviti keagamaan, sukan, perniagaan dan tidak ketinggalan juga hiburan berupa konset serta nyanyian.


Kehadiran Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi Kembara Kenali Borneo menyantuni rakyat di ceruk rantau sepanjang jalan Pan Borneo bermula dari Miri ke Telok Melano. Kembara ini menyemarakkan lagi pra sambutan yang berlangsung pada 16 September. Kehadiran DYMM Yang Dipertuan Agong adalah petanda pemimpin dan rakyat berpisah tiada.


Rakyat dari pelbagai ceruk rantau sambut Agong


Rakyat Sarawak berpusu pusu menuju ke jalan utama Pan Borneo. Mereka datang dari kampung-kampung dan rumah rumah panjang yang agak jauh dari jalan utama. Ada yang jaraknya 6km, 10km dan mungkin ada yang datang dari jarak yang lebih jauh lagi.

Abang Zulkifli Abang Engkeh

Tidak kurang juga ada yang kecewa kerana tidak dapat menatap wajah DYMM Yang Dipertuan Agung dan keluarga. Jadual asal sepatutnya masuk ke Pekan Sri Aman, namun disebabkan kekangan masa, maka jadual asal tersebut tidak dapat ditunaikan. Namun rakyat dari Pekan Sri Aman bergegas dan berarak ke Simpang Sri Aman, semata-mata untuk melihat konvoi Yang Dipertuan Agong.


Kehadiran seorang raja yang mesra rakyat sangat menyentuh hati rakyat Sarawak. Melihat kepada sambutan di sepanjang jalan laluan DYMM, ternyata ketaatan yang rakyat Sarawak adalah tulus dan tidak berbelah bahagi. Keramahan dan kemesraan seorang raja dan permaisuri beserta putera beginda akan menjadi kenangan manis rakyat, lebih lebih lagi kepada yang sempat berjabat tangan dan berswafoto bersama beginda dan permaisuri beserta anakandanya.


Pemimpin Persekutuan lawat pedalaman


Rakyat Sarawak mengharap kemeriahan begini, akan berulang lagi pada masa akan datang. Ini kerana hubungan rakyat dan pemimpin harus dipupuk dari semasa ke semasa. Pemimpin tertinggi dalam Persekutuan dijemput melawat ke kampung - kampung yang jauh di pedalaman. Melalui lawatan itu pemimpin dapat menyelami dan memahami kehidupan yang dilalui oleh rakyat yang mendiami kawasan kawasan yang kurang mengecapi pembangunan.


Kerajaan Perpaduan seharusnya mengembling tenaga segenap lapisan rakyat dengan tidak mengira fahaman. Badan - badan sukarela, badan - badan keagamaan harus digandingkan dengan agensi agensi kerajaan dan swasta bagi merangka dan melaksanakan program-program pembangunan rakyat. Program berbentuk perpaduan masyarakat harus digerakkan selalu.


Perluas skop basmi kemiskinan


Selain dari itu, langkah pembasmian kemiskinan yang dikelolakan oleh Kerajaan harus diperluaskan kepada pendekatan dan skop yang lebih menyeluruh. Bantuan tunai jangka pendek masih diperlukan. Namun apa yang lebih penting ialah, rakyat harus dimotivasikan untuk lebih berdikari. Kalau di kawasan luar bandar, rakyat harus diberi galakan untuk terus bertani dan menternak. Lepasan sekolah yang tidak berjaya harus diberi latihan yang mencukupi.


Cogan kata, "Pertanian itu adalah perniagaan" harus dibangunkan semula dengan pendekatan yang lebih agresif. Pendedahan memilih jenis tanaman yang sesuai dengan permintaan pasaran patut dilakukan oleh agensi seperti FAMA. Tanaman padi merupakan satu daripada tanaman yang patut menjadi pilihan, kerana padi adalah penyelesaian kepada kenaikan harga beras dan sekaligus menjamin keselamatan makanan untuk jangka panjang terus terjamin.


Justeru Kerajaan Sarawak patut juga menumpu kepada tanaman makan ruji ini selain daripada tanaman komoditi. Usaha BERNAS membangunkan Jelapang Padi di Gedung dan di Tanjung Bijat, Stumbin Sri Aman harus ditingkatkan lagi. Kita tidak mahu melihat usaha murni itu menjadi gajah putih.


______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ahli Majlis Kepimpinan KEADILAN Sarawak dan Ketua Cabang KEADILAN Batang Lupar

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page