top of page

16 NGO serah memo bantahan perilaku peserta 'Turun Anwar' kepada Mufti

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 31
  • 2 min read

Amidi (berbaju batik biru) menyerahkan memorandum kepada wakil Mufti Wilayah Persekutuan
Amidi (berbaju batik biru) menyerahkan memorandum kepada wakil Mufti Wilayah Persekutuan

Oleh: Akmal Manaf


Gabungan 16 pertubuhan mewakili pelbagai segmen masyarakat semalam menghantar satu memorandum berhubung perilaku peserta demonstrasi Himpunan 'Turun Anwar' kepada Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil untuk menuntut agar perbuatan para penunjuk perasaan itu ditegur.


Menurut Pengarah Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Amidi Abdul Manan yang mengetuai serahan itu, memorandum berkenaan berkisar aktiviti dalam demonstrasi yang diadakan 26 Julai lalu.


Katanya, semua 16 organisasi itu tidak berpuas hati dengan ucapan pemimpin NGO, Datuk Dr Ibrahim Ali yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang mengamalkan seks sejenis.


"Begitu juga dengan perlakuan Badrul Hisham Shaharin yang menyebat patung yang berwajah Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"YB Zulkifli Ismail pula membacakan doa Qunut Nazilah yang dimaksudkan kepada Kerajaan Perpaduan hari ini.


"Kesemua organisasi ini mahu agar ketiga-tiga individu tersebut dipanggil oleh Mufti Wilayah Persekutuan untuk ditegur dan diberikan nasihat," katanya dalam satu kenyataan.


Justeru Amidi berkata, pihaknya mencadangkan satu usaha dibuat di bawah sokongan Mufti Wilayah Persekutuan agar Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997) dipinda peruntukkan untuk memasukkan secara jelas tuduhan liwat sebagai suatu kesalahan qazaf (Seksyen 41).


Hal itu kerana, kata ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu, menurut para Hakim Syarie akta atau enakmen berkenaan hanya menafsirkan zina sebagai hubungan kelamin antara lelaki dan wanita sahaja, tetapi tidak memasukkan perbuatan liwat.


"Justeru, pihak Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes qazaf melibatkan kes tuduhan meliwat.


"Perkara sebegini mesti disekat sebelum menular dan menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat," ujarnya lagi.


Untuk rekod, penganjuran tunjuk perasaan Turun Anwar pada 26 Julai lalu tidak mencapai sasaran pembangkang yang menjangkakan 300,000 peserta hadir. Kehadiran hanya sekitar 25,000 peserta.


Bagaimanapun, tunjuk perasaan itu mendapat kecaman rakyat apabila doa qunut nazilah yang khas ditujukan kepada musuh Islam setaraf Israel dibacakan bagi menumbangkan Kerajaan Perpaduan dan aksi aktivis PN, Chegubard yang menyebat patung PM di khalayak ramai.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page