top of page

150 Penerima di Batu Uban Terima Baucar Tahun Baharu Cina

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Kumaresan (berbaju batik ungu) mengagihkan baucar membeli belah kepada komuniti Cina
Kumaresan (berbaju batik ungu) mengagihkan baucar membeli belah kepada komuniti Cina

Seramai 150 penerima dalam kalangan komuniti Cina di KADUN Batu Uban menerima baucar membeli-belah bernilai RM100 setiap seorang sempena sambutan Tahun Baharu Cina baru baru ini.


ADUN Batu Uban, A. Kumaresan berkata, bantuan tersebut disampaikan bagi membantu meringankan beban rakyat dalam membuat persiapan perayaan, khususnya untuk membeli barangan keperluan asas.


"Hari ini (kelmarin) saya turun ke kawasan untuk menyerahkan bantuan baucar membeli-belah sempena Tahun Baharu Cina kepada komuniti Cina di KADUN Batu Uban. Seramai 150 penerima menerima baucar RM100 setiap seorang sebagai persediaan menyambut perayaan ini," katanya dalam muat naik di media sosial.


Menurut beliau, penerima turut dimaklumkan bahawa pada tahun ini mereka menerima dua bentuk bantuan iaitu RM100 daripada Pusat Khidmat Batu Uban serta RM100 Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan oleh Kerajaan MADANI.


"Saya maklumkan kepada uncle dan auntie bahawa tahun ini mereka amat bertuah kerana menerima RM100 daripada Pusat Khidmat Batu Uban, selain RM100 Bantuan SARA daripada Kerajaan MADANI," ujarnya.


Kumaresan turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan terhadap kebajikan rakyat.


"Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) atas keprihatinan terhadap kebajikan rakyat. Semoga Tahun Baharu Cina kali ini membawa tuah, kesihatan yang baik serta kehidupan yang lebih sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page