top of page

150 mahasiswa KPTM hadiri program KPDN Kuantan



Oleh: Abdullah Zaid


Seramai 150 mahasiswa Kolej Universiti Polytech MARA (KPTM) Kuantan terlibat dalam program Fun Run 2.0 yang dianjurkan di bawah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) baru-baru ini.


Menerusi satu kenyataan Pegawai Khasnya, Fakhrul Anuar Zulkawi berkata, kesemua peserta larian Sport Mania 2.0, Fun Run 5 km itu berjaya menghabiskan larian sejauh 5 kilometer mengelilingi kawasan perumahan sekitar Pantai Anak Air.


Selain itu, katanya, Jualan Rahmah Bergerak berjaya menarik kehadiran lebih 500 orang pengunjung sebagai tumpuan utama yang turut melibatkan kerjasama KPDN Pahang.


Fuziah Salleh memberikan ucapan kepada peserta larian

"Para mahasiswa juga mendapat manfaat daripada Jualan Rahmah Bergerak ini di mana mereka dapat membeli barangan asas dengan harga diskaun," ujarnya.


Dalam pada itu, Ketua Pengarah KPTM Kuantan, Nik Mohd Khairi Nik Zain menyifatkan program itu mampu merapatkan hubungan mahasiswa dengan komuniti masyarakat setempat.


Jelasnya, ketika ini seramai 2200 orang pelajar sedang mengikuti pelbagai bidang kursus di KPTM Kuantan yang berlokasi di Batu 5 Jalan Gambang, Pahang.


"Penglibatan ini penting sebagai jambatan institusi pengajian tinggi seperti KPTM dengan komuniti tempatan selain hubungan dengan pelbagai agensi awam dan swasta juga menambah nilai dan pengalaman pembelajaran mahasiswa ketika di universiti," katanya.


Sementara itu, acara penutup majlis tersebut disempurnakan oleh Senator Fuziah Salleh untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang acara selain cabutan bertuah yang diadakan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page