top of page

150 anak muda sertai Kejohanan E-Sports DUN Batu Uban

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read
Kumaresan bersama peserta kejihanan e-sports Belia MADANI DUN Batu Uban
Kumaresan bersama peserta kejihanan e-sports Belia MADANI DUN Batu Uban

Seramai 150 anak muda menyertai Kejohanan E-Sports Belia MADANI Bayan Baru @ Batu Uban yang dianjurkan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Bayan Baru bersama Jawatankuasa Belia N35 Batu Uban (JBPP Batu Uban) baru baru ini.


ADUN Batu Uban, A Kumaresan berkata, penganjuran kejohanan berkenaan membuktikan bahawa golongan belia perlu diberikan ruang dan peluang untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti sukan, belia serta kemasyarakatan.


"Tahniah kepada Saudara Faris dan seluruh jawatankuasa penganjur yang berjaya menghimpunkan seramai 150 orang anak muda untuk menyertai kejohanan ini," katanya dalam dalam hantaran di media sosial.

Kumaresan memberi ucapan
Kumaresan memberi ucapan

Menurut Kumaresan, golongan muda memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan perlu terus diberi sokongan bagi mengembangkan potensi mereka.


"Dalam ucapan saya, saya menekankan bahawa golongan anak muda memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan negara. Mereka perlu terus diberikan ruang dan peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan, belia dan kemasyarakatan," katanya.


Beliau berkata program seperti kejohanan e-sukan bukan sahaja mampu mencungkil bakat dan minat anak muda, malah menjadi platform untuk mereka membina jaringan serta menyumbang kepada komuniti.


"Program seperti ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat dan minat anak muda dalam bidang e-sukan, malah dapat menggalakkan mereka untuk terus aktif, membina jaringan serta menyumbang secara positif kepada komuniti," katanya.


Dalam program sama, Exco AMK Pusat, Fazley turut memberikan taklimat berkaitan Sahabat MADANI yang menyediakan pelbagai program untuk golongan muda.


Kumaresan berkata, penglibatan anak muda dalam program sedemikian perlu diperluaskan kerana mereka merupakan aset penting negara.


"Anak muda adalah aset dan masa depan negara. Berikan mereka peluang, ruang dan sokongan untuk terus maju," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page