top of page

15 Ketua AMK Cabang Kedah alu alukan kemenangan Dr Taufiq Naib AMK Pusat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 2 min read


Sebanyak 15 Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang cabang di Kedah mengalu alu dan mengucapkan tahniah di atas kemenangan Dr Taufiq Johari sebagai Naib Ketua AMK Malaysia dalam Pemilihan KEADILAN 2025.


Menurut mereka, kemenangan mantan Ketua AMK Kedah tersebut bukanlah bersifat peribadi sebaliknya merupakan kemenangan anak muda Malaysia yang mendambakan kepimpinan berprinsip, berani, dan tulen.


"Beliau bukan nama baharu dalam gelanggang reformasi. Sebagai mantan Ketua AMK Cabang Sungai Petani, mantan Ketua AMK Kedah, dan kini sebagai Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq telah membuktikan bahawa idealisme dan integriti boleh menang dalam politik arus perdana.


"Beliau membawa suara rakyat marhaen, mendukung dasar-dasar reformasi tulen, dan terus lantang melawan politik usang yang merugikan masa depan anak muda.


"Dalam gelombang yang sedang membentuk wajah baharu politik negara, kami percaya Dr Taufiq akan menjadi tiang seri yang memperkukuh idealisme AMK, bukan sekadar suara muda, tetapi kuasa penggerak perubahan," kata mereka dalam kenyataan bersama.


Dalam kenyataan itu, ketua AMK cabang cabang juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh perwakilan AMK dari seluruh pelusuk tanah air yang telah meletakkan keyakinan dan mandat kepada Dr Taufiq.


"Kepercayaan ini adalah bukti bahawa semangat reformasi masih menyala dalam jiwa anak muda KEADILAN, dan harapan untuk masa depan yang lebih adil dan progresif masih hidup.


"Kami menyeru seluruh anak muda KEADILAN untuk bangkit bersama kepimpinan baharu ini. Era selesa sudah berakhir. Ini masa untuk melawan. Masa untuk menyusun. Masa untuk menyala," kata mereka lagi.


15 ketua AMK cabang cabang itu adalah Ketua AMK Padang Terap, Ahmad Muzakkir Zakaria; Ketua AMK Baling, Mohamad Amirul Asraff Ismail; Ketua AMK Kulim Bandar Baharu, Mohd Zulhusni Zakaria; Ketua AMK Pendang, Khairol Aizat Md Noor; Ketua AMK Jerai, Wan Mohd Syahezral Wan Shahidan; Ketua AMK Sik, Habib Ahmad Irfan Habib Danial; Ketua AMK Alor Setar, Chuah Jin Son; Ketua AMK Jerlun, Muhammad Aliff Hasbullah; Ketua AMK Padang Serai, Sasitaran Balakrishnan; Ketua AMK Pokok Sena, Mohammad Afiq Hazwan Samsudin; Ketua AMK Merbok, Mohammad Fitri Ismail; Ketua AMK Langkawi, Mohammad Aminuddin Mohd Zamri; Ketua AMK Sungai Petani, Mohammad Syamil Luthfi Samsul Bahrin; Ketua AMK Kuala Kedah, Abdul Fatah Al Siddiq Bol; dan Ketua AMK Kubang Pasu, Ahmad Azhan Razif,

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page