Oleh: Abdullah Zaid
Sebanyak 14 laporan polis yang telah dibuat oleh pimpinan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) pusat dan negeri bagi menyiasat individu yang cuba menjatuhkan Kerajaan Madani.
Menerusi satu kenyataan, sayap pemuda parti itu memaklumkan tujuan laporan polis tersebut dilakukan supaya pihak berkuasa menyiasat pendedahan penulis blog Raja Petra Kamarudin yang mendakwa satu komplot sedang diusahakan dengan mengumpul Akaun Berkanun bagi menumbangkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain itu, katanya, laporan itu turut dilakukan susulan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang memperakui kewujudan komplot berkenaan.
"Justeru, gesaan AMK kepada pihak berkuasa supaya dapat menyiasat gerakan yang jelas bertentangan dengan Seksyen 124B dan Seksyen 124C Kanun Keseksaan untuk dilakukan ke atas individu yang berkaitan.
"Selain itu, Perdana Menteri sendiri berulang kali menyatakan beliau terbuka untuk diuji (keabsahan) di Parlimen dan kita lihat sepanjang sesi perbahasan berlangsung (tahun lalu) tidak ada satu pun usul yang ditolak atau tidak diluluskan (di Dewan Rakyat sekiranya majoriti telah tiada)," kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, AMK menggesa agar tindakan undang-undang dikenakan ke atas pihak tidak bertanggunjawab yang sengaja menimbulkan kegusaran awam serta kacau bilau untuk menjatuhkan kerajaan.
Comments