top of page

120 Komuniti MADANI di P Pinang, bantu perkukuh penerangan kerajaan



Sebanyak 120 Komuniti MADANI berjaya ditubuhkan di Pulau Pinang bagi merancakkan aktiviti penerangan berkenaan program kerajaan kepada rakyat.


Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang merasmikan komuniti MADANI semalam, program tersebut diwujudkan sejak tahun lalu bertujuan menyatupadukan rakyat dan menolak dakyah yang tidak benar di peringkat akar umbi.


"Komuniti MADANI diwujudkan dalam usaha menyatupadukan rakyat, sejajar dengan hala tuju Kerajaan Perpaduan dalam memaknakan sebuah Malaysia yang aman, harmoni dan stabil buat semua.


"Komuniti MADANI terdiri daripada pelbagai kaum yang ditadbir urus oleh Jabatan Penerangan Malaysia.


"Sebanyak 120 Komuniti MADANI telah ditubuhkan di negeri Pulau Pinang melibatkan 40 kawasan Dewan Undangan Negeri," katanya.


Fahmi berharap Komuniti MADANI terbabit dapat memberikan manfaat dan kesedaran kepada rakyat.


Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan beberapa pemimpin tempatan yang lain.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page