top of page

12 projek MCMC disenarai pendek ke peringkat akhir WSIS 2025

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 8 hours ago
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Sebanyak 12 projek Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diiktiraf sekali gus dipilih berada dalam senarai pendek bagi memasuki peringkat akhir World Summit on the Information Society (WSIS) 2025.


MCMC menerusi satu kenyataan memaklumkan, pengiktirafan 12 projek oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) menggambarkan komitmen berterusan Malaysia dalam memajukan dunia digital dan mempromosikan inovasi secara mampan.


''Malaysia telah mencatatkan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan pembangunan dunia digital.


''Pengiktirafan oleh ITU mencerminkan komitmen berterusan negara untuk memacu keterangkuman digital dan mempromosi inovasi mampan, sejajar dengan aspirasi global di bawah rangka kerja WSIS", kata suruhanjaya itu.


Dalam kenyataan sama, MCMC menyifatkan, pemilihan daripada ratusan penyertaan seluruh dunia merupakan satu pencapaian yang hebat.


MCMC turut memaklumkan bahawa Malaysia juga dinamakan sebagai Rakan Strategik Platinum pada WSIS+20 pada tahun ini.


''Ia adalah satu penghormatan yang menekankan pengaruh negara semakin meningkat dalam perbincangan digital global dan mengukuhkan kemunculan Asia Tenggara sebagai kuasa digital serantau,'' ujar kenyataan itu lagi.


Untuk rekod, anugerah WSIS dianjurkan oleh ITU merupakan anugerah berprestij dunia, bertujuan memberikan pengiktirafan kepada inisiatif digital yang memberikan sumbangan penting kepada pembangunan yang mampan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page