Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam mendesak Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz digantikan dengan individu yang lebih prihatin terhadap keperluan rakyat marhaen menghadapi tekanan kewangan pasca pandemik Covid 19.
Menurut wakil NGO yang menyerahkan memorandum ke Istana Negara, Azmi Bugis (gambar, kanan sekali), 100,000 tandatangan dari pencarum KWSP tidak menunjukkan ketidakpuasan hati majoriti rakyat berhubung keengganan Zafrul membenarkan pengeluaran one off RM10,000 dan mahu Yang di-Pertuan Agong berbincang dengan Perdana Menteri Malaysia menggugurkan Menteri Kewangan itu.
"Kita hantar 2 petisyen isu pengeluaran RM10,000, di mana penandatangan lebih 100,000 orang. Mereka betul betul tertekan. Disembabkan moratorium (pinjaman bank) tamat maka mereka tandatangan pestyisyen.
"Satu lagi petisyen, pencarum mendesak Tengku Zafrul metelak jawatan. Kami mengharap pihak istana berbincang dengan kerajaan Malaysia untuk menggantikan Tengku Zafrul dengan seseorang yang lebih pro rakyat, berwibawa dan berintegriti, lebih menyebelahi rakyat
"Saya berbincang dengan pegawai istana tadi tentang bagaimana memorandum ini akan berjalan. Beliau berjanji akan membawa kepada Setiausaha Sulit Yang di-Pertuan Agong. Kami sangat mengharap keputusannya positif," katanya.
Selain Azmi, aktivis sosial yang mahu dikenali sebagai Kak Jan turut berharap pengeluaran one off KWSP dapat dilaksanakan bagi rakyat yang terkesan untuk memulakan kembali kehidupan mereka.
"Saya amat mengharap Duli Yang Maha Mulia dapat meneliti kes ini dan meluluskan permohonan wang KWSP bagi rakyat yang memerlukannya.
"Ramai rakyat terkesan akibat pandemik dan banjir. Saya berharap sangat kerajaan meluluskan KWSP yang mereka mohon," katanya.
Dua wakil pencarum juga berucap dalam sidang media itu. Amirudin dari Sabak Bernam, Selangor merayu agar kerajaan menimbang untuk membenarkan pengeluaran RM10,000 bagi peniaga kecil seperti beliau yang tidak lagi berkerja dan memerlukan modal
"Saya salah seoang pencarum, baru lepas kerja (berhenti), berniaga kecil kecilan. Saya ada mohon bantuan pejabat YB, bulan 5 hantar borang bulan 8 datang siasat. Saya ada mohon pinjaman Hijrah tak lulus, mohon pinjaman Tekun, pun belum dapat. Jadi one off ini perlu untuk saya buat lesen perniagaan dan sebagainya. Sekarang saya hanya buat perniagaan dari rumah dan berniaga online.
"Kita perlu hak kita sendiri, itu sahaja. Kami amat memerlukan wang ini untuk kelangsungan hidup," katanya.
Seorang lagi, Puan Zila, merupakan antara mangsa banjir besar yang melanda Sri Muda, Shah Alam pada Disember tahun lalu.
Katanya, beliau dan rakan rakan memerlukan wang RM10,000 KWSP untuk membeli perabot dan kelengkapan rumahtangga yang musnah akibat bah besar itu.
"Saya Zila dari Shah Alam. Saya dan sahabat terkena banjir di Sri Muda. Saya tengok keadaan mereka amat menyedihkan, kereta, motor habis tak boleh pakai. Seolah oleh kita baru masuk rumah baru. Kena beli semua. Dari mana nak dapat sumber kewangan?
"Diharap permohonan ini dapat perhatian dari pihak Yang di-Pertuan Agong untuk membenarkan permintaan rakyat RM10,000 one off. Yang berniaga di kawasan Sri Muda barang kedai semua habis. Macam mana nak bertahan hidup.
"Mengapa kita perlu meminjam sedangkan kita ada duit sendiri," katanya.
Opmerkingen