top of page

100 sertai pertandingan bowling DUN Batu Uban



Pertandingan bowling wanita DUN Batu Uban baru baru ini meriah disertai 100 peserta.


Menurut ADUN Batu Uban, Kumaresan Aramugam, pertandingan bowling individu itu merupakan dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Wanita KADUN Batu Uban (JPWK) dengan kerjasama Pusat Khidmat KADUN Batu Uban.


"Sambutan cukup baik, seramai 100 orang peserta wanita telah menyertai pertandingan ini.


"Atas komitmen yang ditunjukkan oleh kaum wanita, saya juga telah menaikkan hadiah wang tunai untuk pertandingan ini bagi memberikan sokongan dan semangat kepada para peserta," kata Kumaresan dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, turut hadir dalam pertandingan itu ialah CEO Penang Women’s Development Corporation, Ong Bee Leng untuk menyokong penyertaan wanita dalam aktiviti sukan dan rekreasi.


Manakala pemenang tempat pertama, katanya menerima hadiah wang tunai RM500, kedua RM300, ketiga RM200 dan saguhati RM50 untuk 5 peserta.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page