100 pengunjung Jualan Rahmah MADANI di Serendah terima baucar RM10
- Suara Keadilan

- Aug 10
- 1 min read

Program Jualan Rahmah MADANI di Dataran Niaga Serendah pada Sabtu mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk setempat.
Dianjurkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Batang Kali, ia sebagai satu usaha kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup ditanggung rakyat.
Penyelaras DUN Batang Kali, Saifuddin Shafi Muhammad dalam satu hantaran di laman Facebooknya berkata, menerusi program itu, penduduk berpeluang memberi barangan antara 10% sehingga 30% lebih murah berbanding harga pasaran.
"Sebanyak 100 keping baucar RM10 turut diagihkan kepada pengunjung terawal sebagai menyokong program ini.
"Turut disediakan Kaunter Pendaftaran Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bagi memudahkan penduduk mendapatkan maklumat dan mendaftar untuk pelbagai manfaat yang ditawarkan," katanya menerusi hantaran tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia pada Julai lalu mengumumkan penambahan peruntukan Jualan Rahmah MADANI 2025 kepada RM600 juta, berbanding RM300 juta pada tahun lalu.
Langkah ini bertujuan memperluas capaian program di seluruh negara, termasuk menambah kekerapan penganjuran di semua 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).









Comments