top of page

100 pelajar Parlimen Tambun terima sumbangan PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 14, 2024
  • 1 min read

ree

Seramai 100 pelajar di Parlimen Tambun yang akan melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan tinggi (IPT) menerima sumbangan peribadi daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim


Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Munim berkata pelajar terbabit dari kalangan keluarga B40 menerima RM500 setiap seorang.


"Sumbangan ini bertujuan meringankan bebanan kos sara hidup keluarga pelajar yang dibantu agar mereka turut mendapat kualiti pendidikan sama seperti mereka yang lain," katanya dalam satu kenyataan.


Melalui kenyataan sama Muhammad Kamil menyatakan harapan supaya sumbangan itu akan memberi cetusan motivasi buat pelajar terbabit dalam meneruskan kecemerlangan di peringkat lebih tinggi.


Malah jelasnya, inisiatif itu akan dilaksanakan secara berterusan dan memfokuskan kepada pelajar dalam kalangan keluarga B40.

"Perdana Menteri melalui Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun komited untuk membantu golongan pelajar menerusi pelbagai inisiatif berlandaskan aspek pembangunan program, kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa di negara ini," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page