top of page

100 mesin layan diri pertama 'Insan' IPR beroperasi pada Jun



Sebanyak 100 buah mesin layan diri pertama Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) telah melalui proses perolehan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.


Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan tapak mesin layan diri IPR di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya pada Rabu, Naib Presiden KEADILAN itu memaklumkan, kesemua mesin layan diri itu dijangka akan beroperasi di tempat awam pada Jun ini.


Melalui inisiatif yang ideanya dicetuskan Rafizi itu, peserta dijangka mampu menjana pendapatan sendiri, sekali gus membolehkan mereka keluar daripada kancah kemiskinan dalam tempoh dua tahun.

Berbeza dengan mana-mana inisiatif membasmi kemiskinan sebelum ini, aset-aset terbabit adalah milik kerajaan yang membolehkan hanya peserta layak dari segi sosioekonomi dan benar-benar berminat untuk menaik taraf pendapatan mereka dipilih menyertai program itu.


Peserta program yang terpilih hanya perlu menyediakan modal bagi kos makanan dan tidak akan dikenakan sebarang sewaan mesin dan elektrik yang akan ditanggung rakan strategik program berkenaan.


Difahamkan setakat ini, sebanyak 10,000 permohonan diterima bagi mesin layan diri sejak IPR dilancarkan pada Februari lepas.


Sementara itu menurut Rafizi, sebanyak 5,000 buah mesin disasarkan tahun ini untuk ditempatkan di antaranya stesen Transit Aliran Massa (MRT), hospital dan universiti di seluruh negara.


"Proses tersebut mengambil masa kerana kita melalui perolehan secara terbuka. Kementerian Kewangan telah meluluskan perolehan seterusnya iaitu untuk menjemput semua syarikat-syarikat yang layak dan berkemampuan menyediakan 4,900 mesin seterusnya," katanya dipetik.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page