top of page

100 hari: PM 10 Berjaya Kembalikan Keyakinan, Kestabilan



Oleh: Andre Lai


Malaysia telah masuk fasa 100 hari pertama di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kerajaan yang bermula sebagai Kerajaan Perpaduan, dijenamakan sebagai Kerajaan Malaysia Madani, diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan konsep Madani, yang dalam bahasa Arab membawa erti kemajuan dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan.


Semenjak mengambil alih pucuk pimpinan negara, beliau telah membuktikan keupayaannya untuk menerajui negara dengan baik. Dari hari pertama lagi, Datuk Seri Anwar dengan konsistennya menyatakan komitmen beliau terhadap ketelusan, akauntabiliti, dan tadbir urus yang baik dengan mengambil langkah konkrit untuk memangkinkan agenda reformasi di institusi pentadbiran negara.


Beliau tidak mengambil jalan mudah dengan politik populis, sebaliknya beliau sendiri menjadi teladan dengan membenarkan undi percaya terhadap beliau di sesi parlimen, dalam usaha untuk memantapkan kredibiliti institusi Parlimen.


Belanjawan 2023 kejayaan awal


Belanjawan 2023 yang dibentang baru-baru ini, cukup membuktikan iltizam Kerajaan Malaysia Madani untuk membawa Malaysia keluar dari bayang-bayang kegagalan lepas. Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu menunjukkan kewibaan sebagai Menteri Kewangan melalui dasar proaktif yang bertujuan meningkatkan pertumbuhan ekonomi, seperti pemotongan cukai, perbelanjaan infrastruktur serta usaha menjana lebih banyak pekerjaan.

Andre Lai

Penekanan terhadap TVET serta kerjasama dengan pemain industry menjadi keutamaan; dan pada masa yang sama beliau juga berusaha untuk mengurangkan jurang kekayaan dengan perlaksanaan langkah-langkah mengurangkan kemiskinan serta meningkatkan akses kepada pendidikan dan meritokrasi.


Belanjawan juga memperkenalkan pelbagai inisiatif mesra rakyat, contohnya pengenalan Menu Rahmah dan IPR antara usaha berkesan yang disasarkan kepada golongan kurang bernasib baik. Insentif seperti Sumbagan Tunai Rahmah (STR) diteruskan, begitu juga dengan subsidi komoditi dan makanan asas yang dikawal dengan rapi.


Perdana Menteri dalam masa 100 hari juga telah berusaha mengukuhkan hubungan negara ASEAN, sambil menjalinkan hubungan dua hala yang positif dengan negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Jerman dalam misi mengembalikan kepercayaan pelabur asing untuk berdagang di Malaysia.


Bukan satu ‘dream job’


Tidak dapat dinafikan, kerja PM sekarang bukan satu ‘dream job’ kerana beliau PM meminggul beban yang berat untuk membolehkan kerajaan berfungsi dengan efektif. Secara keseluruhannya, kejayaan Anwar sebagai Perdana Menteri juga bergantung kepada keupayaannya untuk mengekalkan perpaduan daripada konsensus antara parti-parti politik yang sebelum ini bertentangan idealogi.


Datuk Seri Anwar menerajui sebuah kerajaan yang ditinggalkan dalam keadaan rapuh. Jelas kelihatan sekarang, terdapat usaha-usaha cuba menjauhkan rakyat daripada kerajaan Malaysia Madani dengan hujah-hujah fitnah dan unsur ekstremisme - bukan sahaja di media sosial, ia juga kelihatan ketara dengan perbahasan pembangkang yang berbau kebencian di Dewan Rakyat. Ditambah pula dengan gejala rasuah yang amat serius hasil tinggalan regim yang lepas serta belum habisnya kes perbicaraan 1MDB, isu Jana Wibawa dan pelbagai jenis ketirisan telah membawa banyak kemudaratan.


Anwar pemimpin terbaik dimiliki negara


Dalam 100 hari pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, jelas sekali kepimpinan beliau akan diuji dengan cabaan dari dalam dan luar negara. Tumpuan utama sekarang adalah untuk memulihkan keyakinan dari semua pihak. Mungkin ada yang masih keliru dengan apa yang berlaku hari ini, tetapi yakinlah, tidak ada mana-mana pemimpin sekarang yang mempunyai pengalaman dan reputasi di arena antarabangsa melainkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Penulis percaya, sekiranya sesuatu perjalanan bermula dengan baik, ia akan mendatangkan hasil yang baik di akhir destinasi. Justeru itu, penulis yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai PM ke 10 (yang akan berlanjutan sehingga 2 penggal), akan mencurahkan komtimen dan usaha 100% untuk mencipta zaman kegemilangan Malaysia di pentas dunia.


* Setiap kerajaan diukur dengan konsep 100 hari pertama dalam pertadbiran. Istilah menjadi popular setelah digunakan buat kali pertama dalam penabalan Presiden Franklin Delano Roosevelt pada tahun 1933.

_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju dan Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page