top of page

'100 hari perang Gaza, kemanusiaan sejagat kekal hidup'



Oleh: Helmi Mohd Foad


Esok genap 100 hari perang di Gaza yang menyaksikan rejim Isreal melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin apabila menyaksikan hampir lebih 20,000 mangsa korban terutama wanita dan kanak-kanak.


Malah semalam juga Isreal telah diheret oleh Afrika Selatan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) kerana jenayah genosid. Namun dalam tempoh itu ternyata kemanusiaan sejagat tetap terus hidup di seluruh dunia.


Seluruh masyarakat dunia tidak henti-henti mendesak agar perang tersebut dihentikan dan rakyat Palestin diberikan untuk hidup aman di negara mereka sendiri dan penjajahan harus ditamatkan.


Laungan 'dari sungai ke segera, Palestin pasti merdeka' dan 'dengan jiwa dan darah kami serahkan kepada Al-Aqsa' terus berkumandang melambangkan keyakinan seluruh masyarakat dunia bahawa negara Palestin akhirnya akan berjaya dibebaskan daripada penjajahan.


Slogan sama turut disambut rakyat Malaysia. Hari ini lebih 1,000 aktivis kemanusiaan termasuk para pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik turun beramai-ramai di kawasan berhampiran Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur bagi menghantar mesej kepada negara kuasa besar itu - bahawa cukup-cukuplah menyokong kekejaman Israel.


Perhimpunan hari ini cukup memberikan kesan apabila ia dihadiri rakyat Malaysia pelbagai lapisan umur - tua, muda termasuk yang berkerusi roda serta meliputi pelbagai organisasi dan parti politik serta pelbagai kaum dan agama.


Hadir sama Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, Ketua Wanita KEADILAN Fadhlina Sidek, Ahli Parlimen Shah Alam Azli Yusuf dari AMANAH dan Ketua Pejuanita Datin Paduka Che Asmah Ibrahim.


Naib Presiden KEADILAN (dua dari kanan) Nurul Izzah turut hadir dalam himpunan memperjuangkan Palestin

Turut serta anggota dan wakil pertubuhan seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMAI), Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), Pertubuhan IKRAM Malaysia, Gabungan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN) dan lain-lain.


AS didesak agar bertindak segera menghentikan perang di Gaza kerana ia bukan lagi perang sebaliknya satu bentuk genosid dan penghapusan etnik di Palestin yang sudah berlanjutan sejak lebih 70 tahun lalu. Ia bukannya bermula dari Operasi Taufan oleh Hamas pada 7 Oktober lepas.


Operasi itu adalah kemuncak daripada 1,001 kekejaman dan penindasan Isreal selama ini ke atas rakyat Palestin di Gaza yang selama ini telah diletakkan dalam penjara terbesar di dunia apabila ia dikelilingi tembok konkrit merentasi seluruh sempadan Gaza dan bumi Palestin yang dijajah Israel.


Dr Belal Al-Akhras dari Al Quds Foundation yang berasal dari Palestin berkata meskipun perang telah memasuki hari ke-100 dengan jumlah korban meningkat, rakyat Gaza tetap teguh dan terus melawan kekejamana rejim Israel.


"Kami tidak akan pernah menyerah kalah, kami tidak akan mati walaupun Isreal ingin membunuh kami dan rosakkan kehidupan kami. Namun kami berjanji tidak akan menyerah. Setelah 75 tahun Palestin berada di bawah penjajahan tetapi rakyatnya tetap meneruskan penentangan," tegasnya.


Justeru itu katanya, rakyat Palestin mengharap sokongan atas semangat persaudaraan dan kemanusiaan untuk bersama-sama dengan rakyat Palestin.


"Kami memberikan kepercayaan kepada anda semua termasuk pihak kerajaan agar terus memberikan sokongan dan mendesak agar penjajahan ini segera ditamatkan.


"Kita mahu anda nanti sama-sama kita raikan pembebasan Palestin pada suatu hari nanti," katanya dengan penuh harapan.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page