10 tokoh Islam berpengaruh: Bukti nilai Islam progresif, adil, berprinsip PMX diterima
- Suara Keadilan
- 1 hour ago
- 1 min read

Kejayaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) disenaraikan sebagai tokoh Muslim paling berpengaruh ke-10 dunia dalam penerbitan berprestij The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims 2025 mengharumkan nama Malaysia.
Sehubungan itu, Wanita KEADILAN Negeri Melaka merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan PM disenaraikan dalam kajian terbitan Royal Islamic Strategic Studies Centre (RISSC) yang berpusat di Jordan itu.
Menurut Ketua Wanita KEADILAN Melaka, Mahani Masban, pengiktirafan tersebut bukan sekadar mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa, malah membuktikan bahawa kepimpinan berteraskan nilai Islam progresif, adil dan berprinsip mampu menjadi panduan kepada dunia Islam dalam menghadapi cabaran global masa kini.
"Pencapaian ini membuktikan kepimpinan berteraskan nilai Islam yang progresif, adil dan berprinsip mampu menjadi panduan kepada dunia Islam dalam mendepani cabaran global masa kini termasuk isu kemanusiaan, keadilan sosial dan kestabilan ekonomi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, ketika dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik dan krisis kemanusiaan, keberanian Perdana Menteri menyuarakan pendirian tegas terhadap kezaliman dan penindasan, khususnya dalam isu Palestin, amat dikagumi dan menjadi inspirasi kepada seluruh umat Islam.
"Keberanian Perdana Menteri menyuarakan pendirian tegas terhadap kezaliman, penindasan dan ketidakadilan, khususnya dalam isu Palestin amat dikagumi dan menjadi inspirasi kepada seluruh umat Islam," jelasnya.
Mahani turut menegaskan bahawa Wanita KEADILAN Melaka berbangga dengan pengiktirafan tersebut yang memperkukuh keyakinan rakyat terhadap hala tuju kerajaan hari ini.
"Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperjuangkan keadilan, kesejahteraan dan pembangunan inklusif untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang," kata Mahani lagi.
Beliau turut mendoakan agar Allah SWT terus mengurniakan kekuatan, kesabaran dan hikmah kepada Perdana Menteri dalam memimpin negara ke arah masa depan yang lebih gemilang.





