top of page

10 ribu anak muda Sabah dalam himpunan Kapcai Sipitang 5.0

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 14
  • 1 min read

Pemimpin KEADILAN Sabah dalam perasmian acara Kapcai Sipitang 5.0
Pemimpin KEADILAN Sabah dalam perasmian acara Kapcai Sipitang 5.0

Himpunan permotoran terbesar pedalaman Sabah, Kapcai Sipitang 5.0 baru baru ini berjaya menghimpunkan sebanyak 10,000 peserta.


Menurut satu kenyataan, himpunan itu dirasmikan oleh Ketua Cabang KEADILAN Sipitang, Wendey Agong Baruh yang melibatkan anak muda dari seluruh negeri.


Dalam ucapannya, Wendey Agong menegaskan pentingnya menyokong kegiatan sihat anak muda serta menggalakkan mereka berpersatuan sebagai mengasah bakat kepimpinan.


Beliau turut menyatakan komitmen KEADILAN Sipitang untuk terus menyokong program belia dan memperluas semangat Malaysia MADANI melalui aktiviti yang membina hubungan baik dalam komuniti.


"Kapcai Sipitang bukan sekadar acara motosikal, tetapi lambang semangat anak muda yang berani mencipta ruang, membina jaringan dan menjadi pencetus perubahan," katanya.

Selautan motorsikal dalam acara Kapcai Sipitang 5.0 di Sabah
Selautan motorsikal dalam acara Kapcai Sipitang 5.0 di Sabah

Turut hadir dalam acara itu ialah Timbalan Ketua Cabang, Presley Kurus, Ketua Wanita Junaidah @ Junn Makku, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Ian Brian Francis serta rombongan pimpinan Cabang, Wanita serta AMK KEADILAN Sipitang.


Antara aktiviti program termasuk tinjauan pameran, penyampaian cenderahati serta interaksi bersama pengunjung dan peserta belia.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page