Gabungan NGO-NGO Reformis Malaysia (GRM) menyokong penuh keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengekalkan nama Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ke 9.
Penyelaras GRM, Mustaffa Kamil Ayub (tengah: baju biru) berkata, sokongan itu selaras dengan aspirasi majoriti rakyat yang mengikuti perjuangan gerakan Reformasi sejak lebih 20 tahun lalu.
"Kami berpendirian dalam merungkai dan menyelesaikan kemelut negara hari ini, semua pihak mestilah kembali kepada kerangka besar Gerakan Reformasi yang dipertegaskan dalam Deklarasi Permatang Pauh pada 1998.
"Kami menyeru agar diperkukuhkan persefahaman semua pihak sam
a ada parti-parti politik, NGO-NGO masyarakat madani, agensi kerajaan, pemimpin perniagaan dan lain-lain dalam memperkasa agenda serta kebajikan rakyat dalam mewujudkan kestabilan politik, memperkukuhkan keselamatan negara dan merangsangkan semula ekonomi, terutamanya selepas pandemik Covid 19," kata Mustaffa dalam sidang media GRM di Kuala Lumpur pagi tadi.
GRM dianggotai oleh 10 NGO yang memperjuangkan Reformasi sejak 1998 mahu pun NGO reformis generasi terkemudian.
Kenyataan tersebut mewakili Dr Badrul Amin, Pengerusi Pro98 Reformis; Dr Idris Ahmad, Pengerusi Otai Reformis; Fariz Musa, Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia; Khairul Anuar Othman, Presiden Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ARM); Brig. Gen. (B) Datuk Hadi Khatab, Presiden Pertubuhan Kebajikan Pahlawan Malaysia (PAHLAWAN); Azizan Memali, Presiden Gerakan Reformasi Veteran ATM (GRVATM); Mohd Bustam Omar, Pengerusi Persatuan Media Sosial Malaysia (PEMASSA); Eddie Arman Mohd Yunos, Pengerusi Gerak Aktif Sosioekonomi Amal Kebajikan (GASAK) dan Mejar (B) Razali Alias, Presiden Pertubuhan Gerakan Pejuang Negara Malaysia (GMPN).
Comments