top of page

10 konsesi lebuh raya utama tidak naik tol tahun depan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan mengumumkan 10 konsesi lebuh raya utama tidak akan mengalami kenaikan kadar tol pada tahun hadapan.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) berkata, susulan keputusan tersebut terdapat implikasi kewangan kepada pihak kerajaan.


Namun kerajaan, kata beliau, memutuskan untuk tidak membebankan kos pengangkutan ke bahu rakyat.


"Bagi tahun 2026, 10 konsensi lebuh raya yang akan diperincikan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) tidak akan mengalami kenaikan tol


"Ada implikasi kewangan kepada pihak kerajaan, jadi jumlah berkenaan akan ditanggung oleh kerajaan.


"Perinciannya akan dikeluarkan dalam kenyataan oleh KKR... insyaAllah pada hari ini," katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang media mingguan pasca Mesyuarat Kabinet, di Putrajaya hari ini.


Untuk rekod pada tahun 2025, kerajaan Malaysia memperuntukkan lebih RM500 juta sebagai bayaran pampasan kepada pemegang konsesi lebuh raya untuk mengekalkan kadar tol tanpa kenaikan bagi 10 lebuh raya utama.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page