top of page

10 keutamaan PH: Pulih ekonomi, bina ekonomi masa hadapan



Pakatan Harapan (PH) hari ini melancarkan manifesto dengan menumpukan 10 perkara utama.


Menurut kenyataan PH, sekiranya diberi mandat pada 19 November ini Kerajaan Persekutuan PH akan segera merealisasikan 10 keutamaan berkenaan.


10 keutamaan Tawaran HARAPAN itu meliputi pelbagai keperluan semasa rakyat yang mendesak, antaranya berkaitan aspek kos sara hidup dan harga barang, peluang pekerjaan, ekonomi, pendidikan, dan kesihatan.


"PH bertekad membina semula Malaysia daripada kemusnahan BN – PN dalam lebih 30 bulan lepas yang dibelenggu kepincangan dasar dan ketirisan pentadbiran, serta ketandusan idea untuk menangani masalah jangka panjang seperti kesenjangan masyarakat, perubahan iklim dan pemulihan generasi tercicir (lost generation) dalam pendidikan


"Oleh itu berbekalkan iltizam kukuh barisan kepimpinan PH dan mandat jelas melalui kehadiran penuh rakyat di peti undi pada 19 November, kita boleh membangunkan Malaysia yang lebih mampan, sejahtera, berdaya cipta, berteraskan nilai hormat dan ihsan berteraskan kerangka dasar MADANI atau SCRIPT.


"Dasar-dasar yang digariskan Tawaran HARAPAN ini boleh melonjakkan Malaysia jauh ke depan,” kata Pengersui PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan pelancaran manifesto pagi ini.


Keutamaan Tawaran Harapan ialah:


1. Tangani Isu Kos Sara Hidup

2. Perangi Rasuah dan Kukuhkan Institusi Demokrasi

3. Perkasa Peluang Ekonomi Belia dengan Terokai Sektor Manusiawi

4. Selamatkan Generasi Tercicir (Lost Generation) dalam Pendidikan

5. Bina Ketahanan Bencana dan Mantapkan Perlindungan

6. Tangani Isu Doktor Kontrak dan Menjamin Kebajikan Penjawat Kesihatan

7. Hapuskan Isu Ketaksamaan Gender & Memperkasa Sosioekonomi Wanita

8. Perkasa Wilayah Sabah dan Sarawak

9. Tingkatkan Daya Saing Setiap Rakyat Malaysia

10. Pelihara Khazanah Alam Demi Anak Cucu Kita


Manakala butiran lanjut mengenai tawaran berkenaan boleh dibaca dalam laman web: www.kitaboleh.my


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page