top of page

10 'hadiah' tanda kasih kerajaan kepada guru - Wanita KEADILAN



Guru guru amat bertuah apabila Kerajaan Madani dan Menteri Pendidikan (KPM) Fadhlina Sidek pada hari ini menzahirkan 'hadiah kasih sayang' sempena hari guru.


Menurut Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Malaysia, Noraini Nordin, pengumuman yang dilakukan dalam majlis Pelancaran Hari Guru 2023 Peringkat Kebangsaan ke 52 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka itu hanya mampu dibuat oleh seorang Menteri yang benar benar prihatin mengenai tugas dan tanggungjawab guru.

Noraini Nordin

"Begitulah bertuahnya para guru di negara ini, ulang tahun kerjaya mereka tidak pernah dilupakan malahan pada tahun ini lebih meriah apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri turut turun padang bersama meraikan hari besar para guru sebagai tanda menghargai sumbangan golongan pendidik.


"Inisiatif atau hadiah yang diumumkan oleh YB Fadhlina pula pastinya sebagai satu lagi usaha murni Kementerian Pendidikan untuk menjulang serta memuliakan martabat para guru di negara ini," katanya dalam kenyataan.


Selain itu dasar berkenaan juga, tambah Noraini, adalah sebagai daya usaha yang serius dalam memperluaskan lagi kebajikan ke atas golongan pendidik serta meningkatkan kualiti kehidupan para guru yang jumlahnya sudah mencecah ke angka 416,743 orang.


"Kesejahteraan mental dan fizikal mereka diberi perhatian khas oleh KPM melalui Cuti-Cuti Cikgu dengan pakej harga mampu milik iaitu antara berita baik yang beliau umumkan.


"Bertepatan dengan Tema Hari Guru 2023 - Guru Insani Pemangkin Generasi Madani - cinta kasih Kerajaan Perpaduan kepada para guru bukan lagi sekadar kata-kata tetapi telah dimaknai dengan pengumuman berkenaan," katanya.


10 inisiatif berkenaan ialah:


  1. Lawatan murid semasa hari persekolahan diberikan dua kali setahun bagi setiap murid.

  2. Pertambahan sepuluh buah sekolah lagi dalam usaha mengatasi isu keciciran murid khususnya di kawasan pedalaman dan orang asli.

  3. Perluasan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK ) ke negeri Sabah untuk memberi akses pendidikan kepada semua murid.

  4. Pengambilan guru diperluaskan diperluaskan kepada graduan berpotensi tinggi dari universiti swasta dan universiti luar negara bagi mata pelajaran kritikal.

  5. KPM memberi kelonggaran kepada guru memakai baju korporat bagi memberi keselesaan semasa bertugas.

  6. KPM memansuhkan sebarang kutipan sumbangan daripada guru bagi tujuan majlis Hari Guru.

  7. KPM akan memperluaskan penglibatan pelatih Institusi Pendidikan Guru sebagai Guru Insani Malaysia.

  8. Mempertingkat peranan Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) dalam meningkatkan profesionalisme guru dan menjaga kebajikan guru.

  9. Penyertaan guru dalam Standard Guru Malaysia (SGMl) 2.0 melalui SGMy dan dianugerahkan mata kredit dalam SPLKM.

  10. KPM dengan kerjasama rakan strategik menyediakan peluang merehatkan minda melalui Program Cuti-Cuti Cikgu mampu milik.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page