top of page

10 Exco Selangor angkat sumpah, portfolio diumum Rabu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 21, 2023
  • 1 min read


Sepuluh barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor mengangkat sumpah hari ini di hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.


Menurut Selangorkini, beberapa muka baharu dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kali ini termasuk bekas speaker Dewan Negeri Selangor yang lepas, Ng Suee Lim


Beliau dan enam muka baharu termasuk tiga lagi yang pertama kali dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri (ADN) seperti ADN Taman Templer, Anfaal Saari; ADN Banting, V Papparaidu dan ADN Seri Setia, Dr Mohammad Fahmi Ngah akan bergandingan dalam barisan pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari


Manakala ADN Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail; ADN Kota Anggerik, Najwan Halimi dan ADN Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin pula pertama kali dilantik menyertai MMKN selepas berkhidmat sebagai wakil rakyat pada penggal lalu.


Exco yang dikekalkan ialah ADN Kinrara, Ng Sze Han; ADN Pandan Indah, Ir Izham Hashim dan ADN Tanjong Sepat Borhan Aman Shah.


Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Ikrar Aku Janji berlangsung di Istana Alam Shah di sini pada jam 2.30 petang tadi.


Sementara itu, portforlio setiap Exco akan diumumkan oleh MB Amirudin pada tengah hari Rabu ini selepas mesyuarat pertama barisan Exco.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page