top of page

1 Julai langkah berani bina negara, bukan 'hari hitam' - Mahfuz

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 hours ago
  • 2 min read

Oleh: Helmi Mohd Foad


Kempen kebencian cuba ditonjolkan Pas dengan menyifatkan tarikh 1 Julai sebagai 'hari hitam' kerana kerajaan meluaskan cakupan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) adalah tindakan populis yang cuba membakar sentimen rakyat tanpa fakta serta pertimbangan rasional terhadap keperluan semasa negara.


Naib Presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar berkata, sebenarnya peluasaan SST bermula awal bulan ini merupakan langkah penting untuk memastikan hasil negara dapat dikutip secara lebih telus dan adil sebelum ia disalurkan semula kepada rakyat melalui pelbagai bentuk bantuan atau subsidi bersasar.

"Pas dan pembangkang sekali lagi memperlihatkan kegagalan mereka dalam memahami keperluan mentadbir sebuah negara yang kompleks. Mereka menentang tanpa cadangan membina.


"Ketika mereka mentadbir negeri, mereka juga mengutip hasil dan cukai tetapi apabila kerajaan bertindak untuk memperkukuh kewangan negara secara berhemah, mereka main sentimen untuk mengelirukan rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.


Mahfuz menjelaskan fakta penting yang perlu difahami rakyat ialah SST tidak dikenakan kepada barangan keperluan harian seperti beras, ayam, telur, sayur, ikan, ubat, pendidikan atau perkhidmatan kesihatan.


Sebaliknya beliau berkata SST menyasarkan perbelanjaan mewah dan bukan keperluan asas, di mana golongan yang banyak terkesan adalah mereka yang berkemampuan tinggi, bukan rakyat kebanyakan.


Jelas beliau hasil SST dan penyasaran semula subsidi disalurkan terus kepada rakyat melalui program seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Bantuan Warga Emas(BWE), jualan rahmah, jualan agro Madani, subsidi bahan api, bantuan awal persekolahan, bantuan awal institusi pengajian tinggi, Klinik Madani dan banyak lagi.


"Tanpa kutipan hasil melalui sistem cukai yang baik, negara akan terus bergantung kepada hutang. Adakah ini yang Pas nak cadangkan, hutang demi hutang untuk tampung perbelanjaan negara?" soalnya.


Dalam perbandingan cukai, Mahfuz berkata, kadar SST sebanyak 8 peratus di Malaysia masih antara yang terendah di rantau ini berbanding Indonesia yang kadar cukai nilai tambah (VAT) yang dikenakan mencecah 11%, Filipina (12%), Vietnam (10%) Kemboja (10%) Loas (10%) manakala Singapura mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 9%.


"Saya percaya rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan permainan persepsi yang dibina pembangkang. Kita perlu berani melakukan pembaharuan demi kelangsungan ekonomi yang adil dan berdaya tahan.


"1 Julai bukan hari hitam. Ia adalah langkah berani membina negara," tegasnya.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page