top of page

1,048 unit Rumah Belia Madani akan dibangunkan



Sebanyak 1,048 unit Rumah Belia Madani (RBM) akan dibangunkan di ibu negara, Kuala Lumpur dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).


Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata pembangunan unit kediaman itu susulan termeterainya perjanjian antara KPKT dengan Syarikat BMG Global Sdn Bhd untuk membangunkan 1,996 unit Rumah Mampu Milik (RMM) dengan tawaran harga RM300,000 dan ke bawah bagi golongan belia berusia bawah 35 tahun.


Hasil keuntungan dari jualan RMM itu jelasnya, pemaju akan membina 1,048 RBM secara percuma iaitu pulangan timbal balik kepada kerajaan.


"Ada dua komponen utama iaitu RBM dan RMM dengan jumlah keseluruhan 3,044 unit yang akan dibangunkan di Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan keluasan 5.17 hektar di atas tanah kerajaan manakala kos pembangunan rumah ditanggung oleh pemaju.


"Penjenamaan semula RBM yang sebelum ini dikenali sebagai Rumah Transit Belia (RTB) selari dengan hasrat Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam menterjemahkan konsep Madani dalam memajukan negara dan golongan muda," katanya.


Akmal ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pembangunan RBM Mukim Batu semalam.


Difahamkan RBM yang terdiri daripada unit studio dan unit dua bilik dengan ketinggian 38 tingkat itu akan dibina berhampiran Taman Metropolitan Kepong.

RBM berperanan sebagai rumah transit (sewaan) untuk satu tempoh sekurang-kurangnya dua tahun dan boleh diperbaharui sekiranya layak.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page