1,000 rakan motorsikal meriahkan pelancaran jentera Perpaduan Kedah
- Redzuan Shamsudin
- Jul 16, 2023
- 1 min read

Jentera Pilihanraya Kerajaan Perpaduan Kedah dilancarkan dalam suasana gilang gemilang malam tadi dengan perarakan 1,000 rakan motorsikal.
Pemimpin Umno Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom amat teruja dengan sambutan anak muda ke atas Pakatan Harapan dan Barisan Nasional menjelang kempen Pilihan Raya Negeri Kedah bermula hujung Julai ini.
"Dengan kehadiran ramai, saya lihat di kiri kanan padang (penuh). Saya nak ucap terima kasih kepada jentera pemuda yang menggerakkan motorsikal pada petang tadi lebih 1,000 rakan motorsikal.
"Yang pastinya gelombang ini memberi kekuatan pada 12 Ogos (hari mengundi). Pada hari keputusan, Kedah akan kembali bersama PH dan BN," katanya.
Beliau juga mengimbau sejarah padang bola sepak Guar Chempedak itu yang menjadi lokasi bekas Perdana Menteri (PM) Najib Razak melancarkan jentera pilihanraya BN Kedah pada pilihanraya sebelum ini, dan pada malam tadi PM Datuk Seri Anwar Ibrahim juga melancarkan jentera pilihanraya Kerajaan Perpaduan di tapak sama.
留言