'PM tambah penasihat, pegawai khas, rakyat hadap harga barang melambung'
- Redzuan Shamsudin
- Dec 3, 2021
- 1 min read

Rakyat semakin keliru dengan keutamaan Perdana Menteri (PM) kerajaan BN, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menambah lagi bilangan penasihat dan pegawai khas beliau.
Sebelum ini, PM didesak menjelaskan apakah keperluannya melantik Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai Penasihat Agama sedangkan kabinet mempunyai Menteri Agama, Idris Ahmad.
Semalam, rakyat diberitahu PM akan melantik lagi seorang penasihat kesihatan di tengah-tengah isu kenaikan harga barang yang tidak berjaya dikawal oleh Kerajaan BN
Bagi akvitis Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Adzman Kamaruddin, beliau mempersoalkan status Pegawai Khas Belia yang baru berkhidmat kepada PM dalam muat naik di Twitter.
Katanya, tidak perlu PM mempunyai Pegawai Khas Belia kerana kabinet telah melantik Menteri dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
"Pegawai Khas Portfolio Belia kepada Perdana Menteri Malaysia?
"Ada Menteri Belia, lepas itu PM lantik Pegawai Khas jaga Belia?
"Rakyat hadap jelah harga barang naik!" katanya membantah tindakan membazir Ismail Sabri yang dilihat keterlaluan.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Abdul Latiff Ahmad berkata, Penasihat Khas Kesihatan sedang dalam proses lantikan dengan anggaran gaji dan elaun sebanyak RM50,000.
Hal itu terkandung dalam jawapan bertulis menteri berkenaan kepada soalan Datuk Amiruddin Hamzah (Pejuang - Kubang Pasu) yang bertanya jumlah Penasihat Khas kepada Perdana Menteri dan implikasi kewangan bagi setiap lantikan.
Bình luận